Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Najib perlu dedah kerugian akibat pemansuhan SBPA - Aziz Bari

Diterbitkan oleh: Editor@WD
Rabu, Mac 14, 2012

Bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Prof Dr. Abdul Aziz Bari berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mendedahkan kepada rakyat berapa jumlah wang yang telah dibazirkan kerajaan untuk skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

"Tindakan pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tidak hanya terhenti setakat itu sahaja tetapi ia perlu didedahkan juga berapa kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan bagi urusan tersebut.

"Najib tidak boleh berdiam diri selepas pemansuhan tetapi beliau perlu dedahkan segala kerugian akibat pemansuhan tersebut," katanya kepada harakahdaily.

Tambahnya lagi, Najib perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas pembaziran yang berlaku sebelum SBPA dimansuhkan.

Menurutnya lagi, beliau pasti kos yang dikeluarkan bagi kajian SBPA itu adalah satu jumlah yang besar kerana ia melibatkan satu sektor yang besar.

"Saya yakin kerajaan telah mengeluarkan kos yang besar untuk kajian SBPA ini kerana ia semestinya meliputi kajian disemua peringkat dasar serta perlaksanaan.

"Kakitangan yang digunakan juga merupakan satu jumlah yang ramai, semua ini melibatkan kos," tegasnya

Abdul Aziz berkata, rakyat berhak mendesak Najib menyenaraikan segala kos yang dikeluarkan bagi SBPA kerana itu adalah duit rakyat, malah jika tiada desakan dilakukan kerajaan akan mudah melakukan pembaziran wang rakyat.

Beliau juga mencadangkan pihak audit memainkan peranan bagi menilai kerugian yang berlaku.

"Kita tidak mahu amalan umum dan batal ini menjadi kegemaran kerajaan di bawah Najib, kerana tindakan tersebut menyebabkan pembaziran berlaku.

"Kerajaan perlu bertanggungjawab dalam soal ini, bukannya lepas tangan malah pihak audit perlu pastikan serta bertindak atas kerugian disebabkan kegagalan Najib memastikan SBPA ini benar-benar berkesan sebelum membuat pengumuman perlaksanaan pada tahun lepas," sambung beliau lagi.

Jelas Abdul Aziz lagi, ini adalah gambaran jelas dalam kegagalan Najib mentadbir kerajaan yang mana setiap tindakan yang diumumkan hanyalah untuk menunjukkan kehebatannya tetapi sebaliknya adalah kegagalan.

Sumber: Harakahdaily.net

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.