Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kajian: Sokongan terhadap Najib naik 69 peratus

March 09, 2012
 
KUALA LUMPUR, 9 Mac — Kadar sokongan Datuk Seri Najib Razak naik 10 peratus kepada 69 peratus selepas memulihkan prestasi ekonomi negara dan pelaksanaan pemberian wang bantuan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kata kaji selidik terbaru.

Kajian dilakukan Merdeka Center mendapati perdana menteri mendapat sokongan kuat di kalangan rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan, dengan empat perlima komuniti India dan 74 peratus masyarakat Melayu turut memberikan Najib sokongan.

Tetapi kurang daripada separuh 1,022 pengundi bulan lalu berkata “mereka gembira dengan kerajaan.”

Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib popular di kalangan pengundi lebih tua, mendapat 54 peratus sokongan daripada mereka yang berumur melebihi 60 tahun tetapi hanya 39 peratus pengundi muda bawah 30 tahun menyokong beliau, menurut kajian itu.

“Kajian juga menunjukkan kebanyakan satu pertiga responden yang cenderung kepada Pakatan Rakyat, dilaporkan berpuas hati dengan perdana menteri — menjelaskan bukan semua boleh diterjemahkan kepada undi untuk pemerintah,” kata Merdeka Center.

Kaji selidik juga mendapati pendapatan isi rumah di antara RM1,500 ke RM3,000 setiap bulan, yang turut menerima bantuan BR1M, kebanyakannya menyokong perdana menteri dan kerajaannya.

Tetapi bagi yang berpendapatan tinggi, hanya 29 peratus pengundi yang memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 berpuas hati dengan Putrajaya.

Najib (gambar) dan pentadbirannya kekal kurang popular di kalangan komuniti Cina dengan hanya 56 peratus berpuas hati dengan perdana menteri dan sebanyak 17 peratus gembira dengan kerajaan pusat.

Populariti presiden Umno ini menghadapi penurunan sejak memperoleh sokongan tertinggi 72 peratus pada Mei 2010, sebelum menurun kepada 69 peratus pada November tahun sama sebelum menjunam kepada 59 peratus pada Ogos 2011.

Ekonomi negara telah pulih daripada penguncupan kecil pada 2009 dengan mencatat perkembangan 7.2 peratus pada 2010 sebelum pertumbuhan kembali perlahan tahun lalu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.