Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAJIB KENA TUNAIKAN JANJI APABILA DIA PERNAH BERJANJI, BARU BOLEH MENANG

BN perlu ketepikan formula perkongsian kerusi untuk menang besar

March 11, 2012
 
KUALA LUMPUR, 11 Mac — Barisan Nasional (BN) akan menghapuskan formula perkongsian kerusi antara parti komponennya bagi memperolehi dua pertiga majoriti Parlimen dan beberapa negeri yang mereka tewas ketika Pilihan Raya 2008, menurut sumber yang sudah maklum dengan strategi Datuk Seri Najib Razak untuk pilihan raya akan datang. 

The Malaysian Insider memahami Pengerusi BN itu akan menggunakan “calon boleh menang” untuk semua parti komponen kerana Najib mahukan calon yang berpeluang untuk menang tanpa mengira parti yang menduduki kerusi tersebut sebelumnya. 

“Tidak kira sama ada Umno, MCA, atau MIC, Najib mahukan calon terbaik untuk kerusi tersebut,” jelas sumber berkenaan kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada arahan perdana menteri bahawa beliau akan memberikan sedikit nasihat kepada setiap calon. 

Ketua kepada 13 pakatan pemerintah itu sering menegaskan keperluan untuk menghormati formula perkongsian kerusi yang diwarisi daripada Perikatan, parti terawal yang memerintah negara ini sejak Merdeka pada 1957. 

Namun keputusan pilihan raya 2008 telah membuatkan formula tersebut perlu difikirkan semula kerana kebanyakan kerusi mempunyai majoriti Melayu yang sekarang ini mempunyai pilihan yang lebih ramai dalam parti — Umno, PAS, dan PKR. 

BN hanya memenangi 140 kerusi daripada 222 kerusi pada 8 Mac, pilihan raya 2008 termasuk hilang negeri Kedah, Penang, Perak, dan Selangor kepada Pakatan Rakyat (PR). Mereka kembali memenangi Perak setelah tiga pemimpin PR melompat parti menyertai bebas dan menyokong BN. 

Menteri dan ahli politik BN memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka menerima petunjuk dan arahan daripada perdana menteri kebelakangan ini untuk mengemukakan “formula perkongsian kerusi” antara parti komponen untuk memberikan kaedah baru terhadap realiti politik. 

“Formula lama tidak lagi relevan sekarang ini sepanjang pengetahuan Najib. Beliau mahu menang besar dan ini bermakna meletakkan calon boleh menang,” kata seorang menteri kepada The Malaysian Insider dengan syarat dirahsiakan identitinya. 

The Malaysian Insider bulan lalu telah melaporkan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah diminta untuk mempertahankan kerusi Parlimennya di Kepala Batas, satu petunjuk bahawa Najib mahu mengekalkan calon terbaik bagi menang besar. 

Turut difahamkan bahawa veteran seperti Tengku Razaleigh Hanzah di Gua Musang dan bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat di Pandan turut dijangka kekal sebagai calon BN disamping penglibatan mereka dalam Amanah, kumpulan yang menuntut menyalakan semangat perkauman yang dikatakan telah hilang di bawah pentadbiran BN. 

Pergarakan BN menamatkan formula perkongsian kerusi boleh dilihat dalam mesyuarat tertutup Umno di Janda Baik pada Oktober 2009, enam bulan selepas Najib memperoleh kuasa, apabila parti politik menyatakan kekecewaan dengan kuasa formula perkongsian yang menjurus kepada kekalahan Pilihan Raya Umum 2008. 

Ketika tiga hari perhimpunan Umno cawangan itu, turut terdapatnya suara yang Umno harus menyerahkan kerusi Melayu kepada wakil MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen lain. 

Pendapat daripada ketua cawangan tersebut adalah parti komponen lebih lemah daripada Umno tidak mampu untuk mengalih undi daripada bukan Melayu kepada Melayu. 

Sebaliknya, mana-mana kerusi kuat Umno adalah lebih baik diletakkan di kawasan kerusi majoriti Melayu. 

The Malaysia Insider turut difahamkan Najib dan pemimpin kanan parti yang menghadiri mesyuarat berkenaan mensasarkan untuk menaikkan semangat pemimpin bawahan tidak komited terhadap kehendak Umno untuk tidak terlalu murah hati dalam meletakkan kerusi dengan komponen BN. 

Beberapa pegawai Umno yang menghadiri mesyuarat tersebut berkata kepada The Malaysian Insider bahawa yang utama adalah meletakkan calon yang mampu untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya depan. 

“Sekiranya kerusi ada 55 atau 60 peratus Melayu, lebih baik untuk diisi wakil Umno. Pilihan raya lepas kami berikan kerusi di Perak dan Selangor kepada parti lain dan mereka tidak mampu mempertahankannya. 

“Parti-parti ini masih lagi mempunyai masalah dalaman dan tidak berupaya untuk meraih undi bukan Melayu. Lebih baik sekiranya calon Umno mengisi kerusi itu dan cuba untuk meraih kembali undi Melayu,” jelas pegawai berkenaan, yang turut meminta dirahsiakan identitinya kerana perjuampaan tersebut dilakukan secara tertutup. 

Ketika perjumpaan tersebut, pegawai-pegawai turut bersetuju kekayaan Umno/BN harus dikekalkan untuk mengukuhkan pengundi Melayu - harapan yang tipis untuk mendapatkan undi bukan Melayu dalam pilihan raya akan datang. 

Dan dengan 58 peratus daripada 1.9 juta pengundi baru adalah Melayu, BN percaya peluangnya terhadap kumpulan pengundi ini dan juga sekutunya yang lain, kata pemimpin Umno. 

“Kami perlu pasti dengan peluang terhadap pemilih, dan demografik. Ini bermakna perlu cara baru dalam pemilihan calon, berdasarkan merit, bukan kerana parti itu mempunyai kuasa selamanya terhadap kerusi berkenaan,” tambahnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.