Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, March 4, 2012


Malaysia Bukan Muflis Sebab Gaji Minimum Tapi Sebab Mahathir Boros!



Alasan gaji minimum yang dianggap membebankan majikan sebenarnya hanyalah satu lagi helah terancang Mahathir untuk terus menjadikannya alasan Malaysia bakal muflis pada tujuh tahun dari sekarang.

Padahal sebenarnya, selama 22 tahun dia memerintah, bukan setakat puluhan bilion wang rakyat dihanguskan untuk tujuan bail-out syarikat anak betanak dan kroni malah ratusan bilion sebenarnya sudah lesap akibat skandal dan penyelewengan dalam parti Umno-APCO dan kerajaan.


Kemelesetan ekonomi yang dialami pada 1998 dan 2003 langsung tidak menginsafkan Mahathir betapa Malaysia bakal berdepan dengan masalah kewangan lebih buruk dengan kelembapan ekonomi dunia yang sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.


Tidakkah Mahathir terfikir sejak Anwar Ibrahim dipecat sehingga sekarang, Malaysia belum pernah mengalami imbangan belanjawan yang baik sehingga mencatat defisit 14 tahun berturut-turut tanpa ada satu penyelesaian konkrit dilakukan.


Ditambah lagi dengan hutang Kerajaan Persekutuan yang kini mencecah RM456 bilion atau 53.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tambah memburukkan keadaan yang sudah semakin parah.


Itu belum dikira lagi dengan kerugian akibat bermain matawang di pasaran matawang antarabangsa yang mengakibatkan kerajaan kerugian lebih RM100 hingga RM170 bilion kununnya akibat permainan spekulator matawang, sedangkan yang membuat keputusan adalah Mahathir sendiri!


Fakta dan data kewangan negara tidak boleh menipu Mahathir hatta Mahathir sebenarnya yang terperangkap dengan hujah dangkal tanpa sedikitpun rasa bertanggungjawab!

JALAN PULANG
Negara muflis kerana boros, bukan gaji minimum

Malaysia akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis kerana perbelanjaan yang terlalu boros bukannya pelaksanaan dasar gaji minimum sebagaimana yang didakwa oleh Tun Mahathir Mohamad.


Pakar ekonomi Dr Rosli Yaakob berkata, perbelanjaan boros kerajaan antara faktor yang meyakinkan negara ini bakal menjadi muflis seperti yang berlaku di Greece.


Jelasnya, kerajaan hari ini berbelanja terlalu boros sehingga terpaksa berhutang malah hutang itu meningkat tiap-tiap tahun.


"Ini mungkin berlaku kepada kerajaan Malaysia kerana lebih 10 tahun perbelanjaan kerajaan terus defisit. Defisit berterusan inilah yang boleh membankrupkan negara," katanya kepada Harakahdaily.


Kenyataan Dr Rosli itu sekali gus menyangkal dakwaan Tun Mahathir yang membayangkan negara akan munflis ekoran pelaksanaan dasar gaji minima bagi pekerja di sektor swasta di seluruh negara.


Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengetengahkan dasar gaji minimum di dalam bajet alternatifnya, usaha ini mendapat sambutan baik rakyat akhirnya kerajaan terpanggil untuk melaksanakan dasar itu.


Kira-kira 30 peratus daripada tenaga kerja di negara ini yang kini berpendapatan di bawah RM900 menikmati kenaikkan gaji minimum yang belum ditetapkan lagi itu.


Menurut Dr Rosli, sebarang kenaikkan gaji melebihi kadar produktiviti pekerja adalah tidak wajar berlaku kerana ia akan merugikan majikan.


Bagaimanapun, katanya, jika kadar gaji selaras dengan produktiviti pekerja atau lebih rendah daripada kadar produktiviti maka keadaan ini tidak akan merugikan majikan.


Apa yang berlaku hari ini, jelasnya kenaikan produktiviti yang membawa  pertambahan keuntungan kepada majikan dibolot semua oleh majikan tanpa dikongsi dengan pekerja.


Oleh yang demikian, katanya, polisi gaji minima yang mengambil kira pertumbuhan produktiviti adalah jalan terbaik bagi memulihkan pekerja dan majikan, sama-sama berkongsi dari hasil pertumbuhan produktiviti.


Justeru, katanya, kenyataan Tun Mahathir adalah satu kenyataan am seolah-olah penentuan gaji minima akan lebih tinggi daipada produktiviti pekerja.


"Ini tidak mungkin berlaku biasanya kadar gaji minima yang ditentukan oleh majikan adalah lebih rendah daripada nilai produktiviti pekerja. Mungkin gaji minima yang ditetapkan berdasarkan produktiviti inilah boleh bankrupkan negara,"katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Bukan setakat Melayu saje, ISLAM boleh menyatukan semua BANGSA!!!! Dunia ni tak perlu UMNO lah...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.