Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUNGGU ESOK

Ahad, 4 Mac 2012

Api Di Kedah Masih Belum Padam Sepenuhnya?

Sewaktu saya meninggalkan bumi Alor Star tengah hari tadi keadaan di Kedah masih menjadi teka teki. Kemelut yang melanda Pas ekoran pertelagahan pendapat di antara Phakhrorazi Zawawi dengan Azizan Razak masih menjadi teka teki.. sejauh mana ianya sudah diselesaikan. Kandati malam tadi telah diadakan majlis mahabbah - mengemukakan kedua pihak yang terbabit, kemudian disambung dengan pertemuan Pas Pusat dengan Pas Kedah namun pertemuan itu bukan secara automatik menyelesaikan kemelut itu.

Pas Pusat sendiri hari ini tidak berani membuat ketegasan atau penafian apakah kemelut itu selesai sepenuhnya atau tidak. Pas dijangka akan membuat pengumuman pagi esok di Kuala Lumpur, di mana sidang akhbar itu akan dibuat oleh presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Kelambatan itu kerana Pas sedang menanti apakah hasil perbincangan Phakhrorazi dengan kawan-kawannya lewat hari ini.

Malam tadi Phakhrorazi yang telah bersetuju dengan pandangan Pas Pusat untuk menyelesaikan kemelut itu, meminta tempoh untuk membolehkan beliau bertanya pendapat kawan-kawannya. Bolehlah dikatakan 'nasib' Phakhrorazi dan Pas Kedah amnya terletak ditangan 'kawan-kawan' Phakhrorazi itu.


Bagaimana pun beberapa orang pimpinan tertinggi Pas yang saya hubungi secara peribadi memberi gambaran kemelut itu telah selesai. Semuanya mengambil kira kepada suasana majlis malam tadi berjalan dalam semangat kekeluargaan dan penuh
mahabbah. Phakhrorazi dikatakan bersalaman dan bersemukakan dengan Azizan Razak. Keduanya, terutamanya Phakhrolrazi diberi kesempatan meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

Phakhrolrazi juga dikatakan mendengar dan menerima pandangan Pas Pusat demi menyelesaikan kemelut berkenaan. Pas Pusat sejak awal lagi mengharap kedua pihak dapat duduk sekali demi kestabilan kerajaan Kedah dan juga memandangkan pilihan raya umum akan tiba bila-bila masa.


Harapan Pas Pusat agar Phakhrolrazi dan Dr Ismail Salleh kembali duduk di dalam kabinet Aizzan Razak menerima perlantikan Exco memegang potfolio mereka. Pengembalian itulah dilihat sebagai tanda besar kepada penyelesaian kemelut berkenaan. Sekiranya Phakhrolrazi tidak mengangkat sumpah menerima jawatan itu kemelut itu tidak dilihat selesai walaupun beliau kekal sebagai Pesuruhjaya 1 Pas Kedah.


Phakhrolrazi malam tadi tidak dapat memberi jaminan untuk menerima jawatan Exco atas nasihat Pas Pusat itu. Keadaan seakan selesai apabila Phakhrolrazi mahu berbincang dengan kawan-kawannya. Perbincangan itu telah pun selesai ia diadakan pagi tadi.


Phakhrorazi telah pun berjumpa dengan Dewan Ulamak Kedah dan kawan-kawan lain. Sedikit menggelisahkan sampai kinitidak ada pengumuman dibuat dan ini menjadikan keadaan masih suspen. Apakah ia sudah dapat kata putus atau belum, walahualam.


Dengan tiada khabar berita dan belum tentu sama ada Phakhrolrazi sedia kembali semula kabinet atau tidak menyebab pemerhatian boleh membuat berbagai andaian dan sangkaan. Hanya ada dua sahaja kemungkinan di sini, dia menerima jawatan Exco atau pun menolak. Tidak ada persimpangan lain di hadapan beliau kini.


Suka disebutkan di sini, Phakhrolrazi dan juga Dr Ismail Salleh dikatakan seorang yang kuat berpegang kepada prinsipnya. Berpandukan ini agak sukar untuk beliau menerima nasihat Pas Pusat. Apa lagi kalau pertemuan
mahabbah semalam beliau tidak mendapat jaminan terhadap apa yang dituntut dari Azizan Razak sehingga berlaku kemelut, menyebabkan tidak mudah untuk mereka berdua kembali ke kabinet.

Sebaliknya sekiranya Phakhrolrazi sedia untuk melanggar prinsipnya, beliau dan Dr Ismail akan menerima jawatan itu. Di sini tiak mungkin akan berlaku salah seorang mereka menerima dan seorang lagi menolak kerana mereka didapati sepakat. Phakhrolrazi dilihat berjiwa besar kalau dia akur kepada kehendak Pas Pusat, di mana tindakan itu biarpun sakit dan menjejaskan prinsipnya. Kesediaan untuk duduk dalam barisan Exco Kedah akan dilihat satu pengorbanan besar olehnya untuk Pas Kedah dan Pakatan seluruhnya.


Saya tidak mahu membuat ramalan lebih dari apa saya sebut dan bayangkan di atas itu. Biarlah kita tunggu pengumuman rasmi Pas Pusat esok. Mungkin Phakhrolrazi dan Dr Ismail Salleh telah memberi jawabannya kepada Abdul Hadi Awang lewat petang ini.


Yang perlu dilakukan sekaang ini hanya berdoa saja biarlah keputusan esok akan memuktamadkan keadaan jangan pula kenyataan itu akan disambung dengan kenyataan-kenyataan lain yang boleh menambahkan huru hara. Kalaulah esok tiada muktamad jelas kemelut di Kedah tidak mudah untuk diselesaikan. Mungkin ia boleh diibaratkan keadaan jerami kering di Kedah yang sedang dimamah api.


Sesuatu yang dipenuhi unsur api susah untuk dilesaikan kerana ia ada sangkut paut dengan nafsu.

MSO.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.