Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified



19 September 2012

Hina Islam - Mahathir Cakap Tak Serupa Bikin..

Kebebasan Bukan Tiket Untuk Menghina Agama - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR, 19 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelar nilai kebebasan Barat terutama di Amerika Syarikat (AS) disifatkannya sebagai gila kerana membolehkan seseorang menghina pihak lain termasuk agama yang diamalkan.

Kata beliau, kebebasan bersuara sepatutnya tidak membolehkan satu-satu pihak diberi lesen untuk menghina kerana jika ia berlaku, keadaan itu akan menyebabkan suasana tidak tenteram di antara negara, agama, kaum atau masyarakat awam di serata dunia.

"Kebebasan bersuara, ya, tetapi bukan kebebasan menghina. Sudah tentu tiada orang Asia suka dipanggil anak luar nikah walaupun ia merupakan gurauan.


"Kelihatan seperti masyarakat liberal Barat mempercayai bahawa kebebasan bersuara adalah lesen untuk mengutuk dan menghina orang lain tanpa batasan," katanya dalam entri bertajuk 'Kebebasan Bersuara' (Freedom of Expression) di http://chedet.cc hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton mengenai filem mengutuk Nabi Muhammad SAW, 'Innocence Of Muslims' dibuat atas nama kebebasan bersuara yang merupakan salah satu hak asasi di negara itu.

Penyebaran filem itu di YouTube telah menyebabkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia sehingga menyaksikan Duta AS ke Libya, Christopher Stevens dibunuh dalam satu tunjuk perasaan di kedutaan itu minggu lalu.

Dr. Mahathir menambah, nilai Barat bukan bersifat sejagat kerana masyarakat Asia mempunyai set kepercayaan serta nilai budaya tersendiri.

"Jika masyarakat Barat mempercayai kebebasan harus dinikmati semua pihak, ia seharusnya meliputi nilai budaya semua bangsa,'' katanya.

Justeru beliau menegaskan, kini tiba masanya untuk masyarakat Barat menilai kembali kepercayaan serta pemahaman mereka terhadap nilai kebebasan dan menghormati hak masyarakat lain.

"Jika tidak, berhenti bercakap tentang hak asasi manusia dan mempromosikan apa yang kononnya dipanggil hak. Anda tiada hak menetapkan nilai moral yang tinggi," katanya.
 


Pak Karamu:
Masa Mahadhir hina janggut nabi dan perli hukum hudud dulu  dia rasa sudah puas hati hentam PAS tapi sebenarnya dia hentam sama agama yang dia mengaku menganutinya, bila orang kafir hina nabi dia melenting pulak, 

Orang kafir memang dia benci agama islam, itu kita tidak hairan malah mereka menghina agama itu dengan masyarakat islam sekali sebab mereka memang bersikap demikian, akan tetapi jika orang mengaku islam sendiri yang menghina agamanya ini membuatkan orang kafir lebih berani menghina umat islam dan agama mereka

Mungkin dengan kenyataan Mahadir diatas dia merasakan dosanya telah terampun, dia fikir di loh mahfuz kenyataannya yang menghina nabi telah terpadam sebagaimana dia jangka pedih hati orang islam semasa dia menghina nabi dulu telah terpadam sama, tu la masa berkuasa jangan mulut tu celupar sangat, akhirnya orang dah tak caya ngan hang !

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.