Mahkamah Batal Keputusan UNIMAP Gantung Pelajar
Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
kelmarin memutuskan bahawa tindakan Jawatankuasa Tatatertib Universiti
Malaysia Perlis (Unimap) yang menjatuhkan hukuman gantung pengajian 66
hari, denda RM100 dan amaran keras terhadap seorang mahasiswanya, Mohd
Izuwan Zaini adalah tidak sah dan terbatal.
Selain itu, mahkamah juga memutuskan bahawa Kaedah-kaedah Universiti (Tatatertib Pelajar-pelajar) Unimap 2009 adalah ultra vires Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).
Hakim Tuan Abang Iskandar Abang Hashim di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) juga memutuskan kos diberikan kepada pelajar itu sebanyak RM5,000.00
Pemohon iaitu Mohd Izuwan Zaini telah menamakan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Unimap sebagai responden pertama dan Unimap sebagai responden kedua.
Pemohon telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Mei 2012 di mana pemohon telah diwakili oleh peguam Mohd Fikah dan Nasar Khan dari Tetuan Haida Mohd Fikah & Partners manakala responden-responden diwakili oleh Peguam Khairul Azam Aziz.
Ketika mengulas lanjut perkara ini, Ahmad Zamri Bin Asa’ad Khuzaimi menegaskan bahawa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melalui Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (Juham) menyambut baik keputusan mahkamah ini dan berikrar akan terus komited untuk memperjuangkan nasib mahasiswa yang ditindas di kampus-kampus di seluruh negara.
Menurutnya lagi, keputusan ini juga memberikan impak yang sangat besar kepada seluruh mahasiswa oleh kerana mereka seringkali menjadi mangsa Jawatankuasa Tatatertib Universiti dalam banyak perkara terutama yang melibatkan politik.
Justeru beliau menyeru agar mahasiswa tidak bimbang untuk berpartisipasi selagi mana mematuhi batas-batas tertentu.
Terdahulu, pemohon telah dituduh dan disabitkan atas kesalahan menganjurkan satu perhimpunan melibatkan pelajar-pelajar dari pelbagai institusi awam dan swasta atas nama Gabungan Mahasiswa ”Watch 13” pada 13 Februari 2012.
Ia bertujuan memberikan kesedaran kepada umum tentang kepentingan pilihanraya selain menyeru masyarakat untuk turun mengundi dalam pilihanraya umum ke 13.
Tindakan pemohon tersebut telah dianggap sebagai mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada universiti atau yang memudaratkan kepentingan universiti oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti berkenaan.
Dengan keputusan ini bermakna tindakan Unimap tersebut adalah tidak sah, terbatal dan bercanggah dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti itu sendiri.
Keputusan ini juga memberikan mesej yang jelas bahawa mahasiswa tidak patut dikongkong kebebasan mereka untuk menyuarakan pendapat dan untuk berpersatuan kerana hak-hak tersebut adalah dijamin sepenuhnya di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

0 orang berkata:
Post a Comment