Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencabar Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan Kabinet bayangan sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, sehingga kini janji PR mahu menubuhkan kerajaan bayangan masih belum ditunaikan kerana takut mahu mengagih jawatan sesama sendiri.


"Jangan mahu tubuhkan kerajaan, tubuhkan dahulu Kabinet bayangan itu. Tetapi tidak ada kerana apa?


"Kerana takut mahu bagi jawatan apa kepada (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Presiden Pas, Datuk Seri) Haji Hadi (Awang) dan (Timbalan Presiden Pas, Mohamed Sabu) Mat Sabu. Menteri Kewangan (atau) Pendidikan?" katanya

ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional 2012, pagi ini.