Ucapan Bajet 2013: ‘Diserang’ amalan demokrasi, kata Anwar
29 September 2012
"(Ia) amalan demokrasi," kata Ketua Pembangkang ini secara ringkas menjawab mesej pengikutnya pagi ini.
Pengikutnya antara lain bekata "diserang semasa ucapan bajet, justeri Najib harus berani hadir semasa hadir semasa perbahasan ketua pembangkang Isnin ini jam 11.30 pagi."
Dalam ucapannya, Najib seolah-olah banyak menyindir Pakatan Rakyat (PR) dan ketuanya etika mengakhiri ucapan Bajet 2013 sambil menekankan Barisan Nasional (BN) mahu mandat untuk membentangkan “enam lagi bajet.”
“Ada di kalangan mereka pernah diamanahkan sebagai kepimpinan tertinggi yang mengurus khazanah negara, malahan hari ini di beberapa negeri mereka juga mengepalai kerajaan,” kata Perdana Menteri.
Pengerusi BN ini menambah: “Kalau hari ini mereka menjanjikan itu dan ini, rakyat Malaysia harus bertanya, apabila pemimpin berkenaan, ketika masih berjawatan dulu, kenapa tidak melaksanakan apa yang "dikokokkan’.”
Hakikatnya, kata Najib lagi, jika ketika berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanjikan, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, apabila berhadapan dengan krisis kewangan Asia, hampir ranap negara ini dibuatnya dan jika dilihat di negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka (Pakatan Rakyat), apa yang terkandung dalam manifesto pun masih tinggal janji.
0 orang berkata:
Post a Comment