Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Thursday, September 27, 2012

'Trend Mengundi Menjelang PRU-13': Imej Najib Terus Merosot. Rakyat yakin Pakatan boleh mengambil alih Putrajaya


umno penipu
Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, merosot lagi 3 peratusan mata, daripada 61 kepada 58 peratus, bulan ini berbanding beberapa bulan lalu.

Tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) membandingkan populariti Datuk Seri Najib dari 31 Mac hingga 15 April lalu dengan tempoh 1 hingga 16 September lalu.

Perkara yang dinilai UMCEDEL termasuk sifat mesra rakyat, kewibawaan pentadbiran, kecekapan pengurusan ekonomi, keperibadian terhormat dan imej di peringkatantarabangsa.

Begitu juga, terdapat penurunan sambutan terhadap transformasi yang dilakukan Datuk Seri Najib, menurut tinjauan itu.
 

Secara keseluruhannya berlaku penurunan keyakinan bahawa parti itu akan terus menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Terdapat peningkatan bilangan orang yang percaya Pakatan Rakyat (PR) boleh mengambil alih Putrajaya, daripada 21 peratus kepada 30 peratus

Kaji selidik 'Trend Mengundi Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13' itu turut menunjukkan PR mungkin terus menang di Selangor dan Kedah.
 
  Click Here
Isu berkaitan NFC (National Feedlot Corporation Sdn Bhd), Lynas dan integriti pemimpin Umno/BN masih merupakan faktor yang boleh menggugat sokongan pengundi kepada BN dalam PRU ke13, kata kaji selidik itu.

Selain itu, ada sokongan tinggi agar Datuk Seri Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kaji selidik itu melibatkan 1,536 responden Melayu, Cina dan India.

Sementara itu, bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim, berkata dalam wawancara bahawa PRU-13 bakal mendedahkan apakah majoriti orang Melayu sudah bersedia meninggalkan "jalan yang dipilih untuk mereka oleh Umno 55 tahun lalu" dan mencari jawapan lain bagi masalah-masalah yang mereka hadapi.

"Pilihan raya ini, lebih daripada sebelumnya, akan menunjukkan jika Melayu dan kaum Bumiputera sudah bersedia untuk meninggalkan jalan yang dipilih untuk mereka oleh Umno 55 tahun lalu. Pilihan raya ini akan menunjukkan jika mereka sudah bersedia untuk mempercayai diri.

"Untuk sekian lama, mereka memegang amanah tersirat dan memberikan sokongan mutlak terhadap pemimpin-pemimpin mereka," katanya.
 
melayu susah ke kalau umno tumbang?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.