Najib mula bentang Bajet 2013
 
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri) berkenan menerima mengadap Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan Laporan Belanjawan 2013 -Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Terdahulu beliau tiba di lobi Bangunan Parlimen pada 3.45 petang. Najib yang juga Menteri Kewangan, yang diiringi Timbalan-timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim, disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri kabinet.

Beliau yang berpakaian baju Melayu berwarna hijau sambil membimbit beg berwarna hitam, kelihatan tenang dan ceria ketika berjalan menuju ke Dewan Rakyat.

Najib turut memberi gaya istimewa sambil menunjukkan beg bimbitnya ketika dipanggil oleh jurugambar yang menunggu ketibaannya sejak 3 petang.

Pembentangan Belanjawan 2013 hari ini dijangka memberi impak positif kepada ekonomi negara selain membawa impak yang baik kepada masyarakat.

Belanjawan itu antara lain dijangka meneruskan dasar afirmatif yang diperkenalkannya sejak tiga tahun lepas untuk terus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.