Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKNS buat laporan polis ke atas JMM kerana menghasut penduduk flat PKNS

TERKINI @ 06:18:22 PM 27-09-2012

September 27, 2012
 
Dari kiri, Pengurus perhubungan awam PKNS Ishak Hashim, peguam Sankara Nair, pembantu, pegawai undang-undang PKNS Silawati Bt Mat Jusoh, pengurus besar Selangor Industrial Corporation Ir Zulkefli Hj Khalid.
KUALA LUMPUR, 27 Sept — Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah membuat satu laporan polis ke atas badan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia ekoran pengedaran surat kepada penduduk di kawasan perumahan milik PKNS di Taman Dagang, Ampang.
 
Pengurus perhubungan awam PKNS, Ishak Ibrahim dalam kenyataannya menuduh JMM cuba memberi tanggapan salah di mata umum.

“Pengedaran surat ini satu tindakan berniat jahat dan menghasut,” katanya dalam satu kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.
PKNS mendakwa JMM menyebarkan surat permohonan itu kepada penduduk bertujuan mendesak perbadanan itu mengambilalih hutang perumahan di kalangan pembeli rumah PKNS dan anak syarikatnya, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC).

Dalam surat kepada penduduk tersebut juga JMM juga menuduh PKNS telah menyelamatkan Talam Corp Bhd (Talam) menerusi pembelian hutang sebanyak RM391.9 juta yang dinafikan oleh PKNS.

Dua laporan polis telah dibuat oleh pegawai undang-undang PKNS, Silawati Bt Mat Jusoh dan pengurus besar Selangor Industrial Corporation Ir Zulkefli Hj Khalid.

Dalam laporan polis tersebut, PKNS menegaskan tindakan JMM adalah berniat mencetuskan rasa takut , rungsing dan di dalam minda orang ramai terhadap PKNS serta mengaibkan dan menjatuhkan reputasi.

Silawati dalam kenyataannya turut berkata tuduhan JMM dan tindakan menghasut tersebut adalah menyalahi undang-undang dan boleh didakwa dibawah Fitnah Jenayah dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

“Tindakan ini menyalahi undang dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sankara Nair selaku peguam yang dilantik PKNS berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas adalah presiden JMM, Azwandin Hamzah yang telah menfitnah dengan tuduhan tidak berasas tersebut terhadap anak guamnya.

“Ini satu tuduhan fitnah dan tindakan undang-undang akan diambil.

“Laporan pada hari ini adalah langkah pertama sebelum langkah susulan selepas ini. Kami akan hantar ‘surat permintaan’ kepada mereka esok, selepas itu baru kami mereka peluang untuk tarik balik kenyataan dan meminta maaf kepada PKNS dan ini adalah langkah biasa dalam perundangan,” kata Sankara.

Dalam surat JMM yang dihantar kepada penduduk di Taman Dagang itu juga, terdapat satu borang yang meminta setiap pemilik flat mengisi nama mereka, no rumah pembeli dan no akaun serta menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan terhadap tuntutan yang dicadang.

Isu Talam mencetuskan pelbagai persepsi negatif terhadap kerajaan Selangor hingga terpaksa melantik badan audit bebas antarabangsa KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd untuk menyelesaikannya.

Hasil laporan mendapati semakan terhadap kaedah kutipan hutang tertunggak berjumlah RM392 juta dari Talam Corporation oleh kerajaan Selangor dilaksanakan dengan tertib, mengikut undang-undang, beretika dan menjaga kepentingan negeri, anak-anak syarikat serta rakyat Selangor.

JMM sebelum ini turut mencetuskan kontroversi apabila presidennya itu telah bertindak menyerang badan bukan kerajaan seperti SUARAM, MalaysiaKini dan lain-lain dengan tuduhan mereka menerima dana asing daripada spekulator mata wang, George Soros.

Azwandin juga mendedahkan Suaram adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn Bhd dengan modal berbayar RM2 dan bukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.