Saturday, September 29, 2012
BANK BESAR TAPI TEMPAT SOLAT UNTUK PEKERJA MUSLIM MACAM REBAN AYAM ( GAMBAR)
27 September 2012 satu laporan telah dibuat terhadap Alliance Bank
Malaysia Berhad atas sebab ketiadaan tempat solat (surau) di cawangannya
seluruh negara bagi pekerjanya yang beragama Islam.
Laporan itu telah dibuat oleh wakil Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Bank (NUBE), Abdul Jamil Bin Jalaludeen selaku Naib Presiden NUBE.
Aduan yang dilaporkan di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang itu adalah berdasarkan bahawa tindakan pihak Alliance Bank yang tidak menghormati agama Islam sekaligus melanggar apa yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan negara ini.
Mengikut perlembagaan negara Malaysia yang telah menetapkan bahawa Islam adalah sebagai agama rasmi negara ini. Berdasarkan Perkara 3 (1) di dalam Perlembagaan Malaysia, Islam adalah agama Persekutuan tetapi agama agama lain boleh dipraktiskan dengan tiada gangguan di mana mana bahagian Persekutuan di dalam negara ini.
Sejajar dengan ini pihak NUBE berasa bertanggungjawab dalam kapasitinya sebagai pembela kebajikan pekerja pekerja perbankan awam di Malaysia.
Kegagalan mana mana pihak majikan menyediakan kemudahan tempat solat bagi pekerjanya yang beragama Islam adalah tidak dapat diterima dan dianggap memperlekehkan kewajipan setiap mereka yang beragama Islam.
Seharusnya sebagai majikan yang berstatuskan nasional, Alliance Bank harus peka terhadap keperluan ini.
Solat lima waktu sepertimana kita semua sedia maklum adalah kewajipan yang fardhu (wajib). Seharusnya sebagai majikan yang berstatuskan nasional, Alliance Bank harus peka terhadap keperluan ini.
Kegagalan dalam menyediakan tempat solat juga dilihat sebagai salah satu usaha majikan (Alliance Bank) untuk memisahkan urusan solat dan dunia walhal bagi orang Islam kedua dua tanggungjawab ini solat dan pekerjaan adalah ibadah yang dituntut oleh agama.
Menurut saudara Abdul Jamil , beliau berpendapat bahawa masalah ketiadaan tempat solat di cawangan cawangan Alliance Bank di seluruh negara telah berlaku sejak sekian lama.
Beliau juga mendedahkan bahawa sebuah cawangan bank tersebut di utara tanah air, ruang solat yang disediakan adalah ruang solat yang dirangka menggunakan penghadang yang usang dan ditutup dengan langsir malah yang paling mengecewakan ialah ianya terletak di hadapan tandas yang digunakan oleh semua pekerja cawangan tersebut.
Bukan setakat itu sahaja, ada juga ruang solat yang disediakan di dalam bilik jentera TNB, di bawah tangga dan sebagainya.
Pendek kata ruang yang tidak sepatutnya dijadikan tempat solat telah digunakan akibat dari sikap ketidak prihatinan majikan.
Di sesetengah cawangan Alliance Bank juga, NUBE mendakwa pekerja pekerja bank terpaksa menggunakan surau surau awam yang terlalu jauh dari lokasi bank.
Walaupun diberi masa untuk menunaikan solat, tetapi adalah wajar pihak majikan (bank) jika dapat menyediakan kemudahan tempat solat untuk pekerja pekerjanya. SUMBER

0 orang berkata:
Post a Comment