Di antara bajet BN dan bajet Pakatan Rakyat
Posted by Kit in Budget Debate, Corruption, Pakatan Rakyat, UMNO on Thursday, 27 September 2012, 6:12 pm
The Malaysian Insider
Sep 27, 2012
27 SEPT — BN dan Pakatan Rakyat memperagakan bajet 2013
masing-masing. Pihak Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet
bayangannya dua hari sebelum Najib membentangkan bajet pihak BN. Najib
akan membentangkan bajetnya pada Jumaat ini dan dijangka bajet itu
adalah bajet pilihanraya. Tanda-tanda bajet itu akan memasukkan banyak
peruntukan pemberian tunai kepada rakyat itu adalah jelas dan telah pun
diakui oleh beberapa orang pemimpin-pemimpin BN.
Itu tidak memeranjatkan sesiapa kerana Najib begitu popular dengan
membeli hati dan jiwa rakyat dengan wang ringgit. Bagi Najib bayar sana,
bayar sini adalah cara yang beliau selalu lakukan baik dalam kerajaan
mahu pun didalam kegiatan parti. Najib mentadbir kerajaan seperti beliau
mentadbir Umno bahagiannya di Pekan.
Dalam pada itu PR juga mengemukakan bajet pihaknya untuk
membezakannya diantara bajet yang selalu di bentangkan oleh BN. Beberapa
pemimpin kerajaan termasuk menteri-menterinya telah mengkritik bajet
Pakatan Rakyat dan menuduh PR sedang cuba untuk menarik undi dan bajet
anjuran PR itu adalah bajet yang tidak realistik.
Saya hanya hendak memberi komen tentang isu realistik atau tidaknya
bajet PR yang di katakan oleh pemimpin samseng BN seperti Nazri Aziz dan
beberapa “hulubalang” BN itu sebagai bahan lawak itu. Nazri membuat
komen yang tidak beretika sehinggakan dia mengatakan bajet anjuran PR
itu adalah bajet bodoh. Bagi saya hanya orang bodoh sahaja yang
mengenali si bodoh yang lain. Read the rest of this entry »
0 orang berkata:
Post a Comment