29 September, 2012
Pemuda GERAKAN Boikot AGM Esok
Pergerakan Pemuda Gerakan tidak akan menghantar perwakilan ke sesi
perbahasan pada persidangan perwakilan nasional parti itu esok. Langkah
itu sebagai tanda bantahan terhadap badan induk parti itu yang sebelum
ini dilihat telah meminggirkan pergerakan itu, kata Ketuanya Datuk Lim
Si Pin. Beliau berkata 'begitu banyak isu' dihadapi pergerakan itu
ketika ini, menjadikan amat sukar bagi anggotanya yang berumur lebih 45
tahun, untuk menyertai perwakilan badan induk itu, sekali gus mewujudkan
jurang antara barisan pemimpin utama parti dan anggota.
"Saya tidak salahkan mereka, mereka adalah
hulubalang, hulubalang duduk bersama-sama perwakilan dalam badan induk.
Sesetengah daripada mereka sudah berada di situ selama 30 atau 40 tahun.
"Oleh itu, sudah tiba masanya untuk mereka berundur dan biar orang muda pula memperjuangkan parti ke tahap lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan pergerakan itu
di Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini, Lim berkata persidangan perwakilan nasional mempunyai dua perwakilan sayap Pemuda dari setiap negeri bagi sesi perbahasan.
Oleh yang demikian, beliau berharap dengan tindakan sedemikian diambil, perwakilan badan induk akan mengambil perhatian terhadap masalah itu dan segera menyelesaikannya.
"Ini adalah sebagai cara untuk berkata, sila ambil perhatian, kita perlu fikirkan secara serius mengenai masalah pengganti...jika kita tidak lakukannya, kita akan berdepan jurang besar antara barisan kepimpinan utama dan anggota pelapis," katanya. ~bernama

0 orang berkata:
Post a Comment