Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA PASAI DEKAT PILIHANRAYA BARU HANG HABAQ ?

Bekas Timbalan KM Pulau Pinang dakwa Anwar tak pernah suka Pas
NURUL AINI MOHAMED ALI
29 September 2012
SHAH ALAM – Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairuz Khairuddin mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah suka dengan pendirian Pas yang memperjuangkan dasar Islam.

Menurut Fairuz, kenyataan mengenai Anwar ini pernah didedahkan ketika beliau masih berkhidmat sebagai  Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.


Fairuz meletakkan jawatan itu pada Mac 2009 dan kemudian keluar dari PKR.


"Hari ini saya mahu dedahkan yang selama ini, Anwar tidak pernah suka dan setuju dengan dasar Pas. Beliau anggap Pas ini tidak boleh diharap," kata beliau pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah" di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi Ideologi Politik: Adakah Menjadi Penghalang Kepada Penyatuan.


"Saya sendiri sedih kerana Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah menyanggah dan berkata tidak jika Anwar campur tangan dalam Pas," katanya.


Tambah beliau, cara pemikiran Anwar tidak seiring dengan Pas kerana sering berbeza pendapat dengan Pas berhubung dengan Islam.


"Ilmu agama Islam hanya 'celup-celup". Tidak sepatutnya Anwar bercakap mengenai Islam dengan ilmu yang cetek.


"Bila nak cakap tentang Islam, Anwar perlu teliti sama ada ia benar atau bertentangan dengan Islam," tegasnya.


Menurut Fairuz, pengalamannya bekerjasama dengan Anwar semasa berkhidmat satu ketika dulu membuatkan beliau "celik mata" dan membuatkannya sedar siapa Anwar sebenarnya.


"Pengalaman saya dulu sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu, benar-benar memberi pengalaman yang cukup bermakna buat saya," katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Ni seekor lagi Melayu Muda Kapiak! Modal RM3, masuk politik baru setahun jagung, diberi jawatan tinggi tapi tak sabar-sabar dan terloncat-loncat belajar silat pulut macam "kera kena belacan", sibuk nak beli BMW 5 Series. Kena ugut dek Menteri UMNO, terkencing dalam seluar. Bila wang semakin habis...mengadu kat UMNO (minta wang), kata UMNO.. Kalau nak wang kena fitnah Anwar. Maka Melayu Muda Kapiak ni pun.... dah mula jadi "babi tunggal", sondol sana-sini untuk memulakan fitnah terhadap Anwar. Woi Kapiak Muda.... kerja lah kamu...! Carilah wang dengan cara yang berkat dan halal, orang lain pun kerja juga untuk mencari rezeki bukannya kerja menabur fitnah macam kamu. Munafik lagi hina dari kafir. Aku panggil Kafir tu dah cukup baik untuk diri kamu..

Anonymous said...

special info i loved this read more read review Visit This Link Visit Website

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.