PRU 13: Gerakan minta tambahan satu kerusi Parlimen, empat DUN
29 September 2012
KUALA LUMPUR - Gerakan hari ini melahirkan hasrat untuk mendapatkan
tambahan satu lagi kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) daripada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk
diwakili mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Naib Presidennya Datuk Mah Siew Keong berkata ianya adalah bagi diperuntukkan kepada calon bebas yang menyertai parti itu sepanjang tempoh empat tahun sebelum ini.
"Kita berharap akan diberi tambahan kerusi pilihan raya kali ini," katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Pemuda Nasional Gerakan Ke-25 di sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow dan Ketua Pemuda Datuk Lim Si Pin yang telah mengesahkan tidak bertanding pada PRU-13 nanti. Pada pilihan raya lepas Lim bertanding di kawasan Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan tetapi kalah kepada Tian Chua dari Parti Keadilan Rakyat.
Sebelum ini, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengumumkan bahawa Gerakan komited untuk bertanding di 47 kerusi Parlimen dan DUN selain mempertahankan kerusi-kerusi yang telah dimenangi sebelum ini.
Selain itu, Mah turut menggesa sayap Pemuda untuk memainkan peranan dalam meraih sokongan pengundi muda kerana mereka merupakan 20 peratus atau tiga juta daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar.
"Saya tengok ada perubahan positif termasuk banyak golongan pemuda menghargai transformasi oleh Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak), generasi muda banyak menggunakan rangkaian media sosial seperti facebook dan twitter.
"Oleh itu peranan Pemuda Gerakan amat penting, parti akan banyak bergantung kepada Pemuda, golongan muda adalah berbeza, jadi terserah kepada anda untuk mendekati mereka," katanya.
Melihat kepada pentingnya pengundi muda, beliau berkata pihak parti juga tidak ada masalah untuk menimbangkan permintaan sayap Pemuda bagi lebih banyak calon daripada golongan mereka dipilih bertanding pada PRU-13. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment