Kain rentang misteri
11 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
KLUANG - Pas Kluang menggesa polis menyiasat kain rentang berkaitan
ceramah Pas Pengkhianat Islam yang akan diadakan di tapak pasar malam
Kampung Melayu, dekat sini, pada 30 September ini.
Kain rentang tersebut dipercayai digantung di beberapa lokasi di sekitar daerah ini sejak tiga hari lalu.
Yang Dipertua Pas Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, yang
menjadi persoalan adalah di kain rentang berkenaan tidak ada dicatatkan
nama penganjur bagi ceramah tersebut.
“Adakah ceramah itu hanya satu provokasi ataupun sememangnya akan
berlangsung tidak dapat diketahui kerana kami tidak dapat menghubungi
penganjurnya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, semalam.
Menurutnya, kain rentang tersebut digantung tanpa mempunyai cop
kebenaran daripada MPK dan ini adalah satu kesalahan kerana tidak
mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) terlebih
dahulu.
“Walhal, ramai juga yang bertanya kepada saya mengenai ceramah tersebut
tetapi saya sendiri tidak mengetahui siapa yang menganjurkannya.
“Justeru itu, saya bertindak membuat laporan polis pada hari ini
(semalam) dengan harapan agar polis dapat menyiasat segera kain rentang
dan ceramah yang bakal diadakan itu.
“Dengan laporan polis ini juga, Pas Kluang memohon agar MPK segera
bertindak terhadap kain rentang tersebut sebagai satu langkah
membuktikan MPK tidak berkompromi dengan pihak yang tidak
bertanggungjawab,” katanya.
sinar harian/-
0 orang berkata:
Post a Comment