Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, September 29, 2012

Isnin, 1130 pagi, 01102012. Andai Najib tidak hadir, terserlah kebaculannya!


Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
Andai Najib tidak hadir terserlah kebaculannya!
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai Belanjawan 2013 yang dibentang hari ini.
“Kalau kamu sanggup untuk kritik, maka kamu perlu sanggup untuk berdebat. Tapi (kalau) kamu tak sanggup untuk respons cabaran. Kamu (Najib) tidak datang ucapan saya (di Dewan Rakyat) pada Isnin jam 11.30 pagi, tapi saya sanggup duduk dengar kritikan.
“Separuh dari ucapan (penggulungan) Najib kritik Pakatan Rakyat. Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan,” kata Anwar kepada pemberita di Lobby Parliament.
Klik ke Facebook  

Dalam pada itu, jelas Anwar, belanjawan kali ini tidak meletakkan keutamaan kepada rakyat terbanyak melainkan insentif kepada kroni dan golongan atasan.
“Insentif untuk Tun Razak Exchange (TRX), itu insentif kewangan untuk orang kaya. Tak disentuh tentang IPP (Penjana Tenaga Bebas). Harga gula disentuh, tetapi monopoli gula tak disentuh.
“Perubahan struktur tidak dilakukan.. ini masalah besar. PTPTN diminta untuk bayar balik, tetapi hutang (kroni) berbilion tak disentuh. Tidak ada tindakan dan cadangan (dalam Belanjawan),” tegasnya.
Sementara itu, katanya, tidak ada yang baru dalam belanjawan dibentangkan untuk manfaat golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan seperti Skim Rumah Pertamaku.
Mengulas lanjut kata Anwar, syarikat perumahan negara sepatutnya menjadi institusi yang meletakkan kebajikan rakyat lebih utama dari keuntungan.
“Kalau bermotif untung seperti sekarang, tak mungkin berhasil. Mesti ada badan kerajaan yang tak semesetinya rugi besar, tapi mesti menjana projek yang boleh memenuhi permintaan rakyat.
“Sebab itu saya ajak Najib debat tentang belanjawan, tentang isu pentadbiran,” tegas Anwar.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Manalah Si Bacul Ibni Dayus ini berani mau debat? Beliau adalah PM paling lemah dan paling penakut di dunia. Sikap yang ada pada beliau adalah sikap seorang pemimpin akhir zaman bilamana "dunia hampir kiamat", rakyat melantik pemimpin yang langsung tiada ciri-ciri atau sikap kepimpinan, terutama ianya memenuhi kriteria seberti berikut:
a. Munafik
b. Dayus
c. Penakut
d. Korupsi
e. Rasuah
f. Penyamun Tarbus
g. Penipu 1Malaysia
h. Bodoh Tegar
i. Musuh kepada Bangsa Melayu
j. Khianat Bangsa
k. Pengkhianat Agama

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.