Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahad, 16 September 2012

47 tahun untuk BN iktiraf Hari Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 SEPTEMBER: Barisan Nasional telah mengambil masa 47 tahun untuk mengiktiraf Hari Malaysia pada 16 September, namun ia masih dianggap sebagai perayaan di Sabah dan Sarawak sahaja.

Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam perutusan Hari Malaysia beliau, sambil mengajak supaya Hari Malaysia disambut di peringkat nasional supaya ia lebih bermakna dan bersejarah.

Kerajaan Barisan Nasional hanya mengiktiraf Hari Malaysia sebagai sebuah perayaan bersejarah pada tahun 2010 apabila 16 September diumumkan sebagai hari cuti umum.

Menurut Kit Siang, pada 16 September 2008, dalam sebuah forum anjuran DAP di Kota Kinabalu, beliau telah berjanji bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan melakukan apa yang telah gagal dilakukan oleh Barisan Nasional, iaitu untuk menjadikan 16 September sebagai hari cuti umum.

“Ini telah memaksa Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan enam bulan setelah beliau menjadi Perdana Menteri bahawa 16 September adalah cuti umum mulai tahun 2010,” kata beliau.

Kata beliau lagi, Barisan Nasional telah mengambil masa 47 tahun untuk mengiktiraf Hari Malaysia pada 16 September, namun parti pemerintah itu  masih gagal untuk menangani kekecewaan, masalah dan keterasingan yang dialami oleh rakyat di Sabah dan Sarawak yang tidak mendapat layanan sepatutnya sebagai warganegara Malaysia.

Beliau juga berkata bahawa Hari Malaysia tidak sepatutnya dianggap sebagai suatu sambutan bagi Sabah dan Sarawak sahaja kerana itu pastilah akan menjadikan slogan 1Malaysia suatu ejekan. 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.