Isu air percuma
Isu air percuma
SHAH ALAM -  Seramai 711 pengguna air Selangor, dilihat sebagai tindakan kali pertama, memfailkan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM405,270 daripada Kerajaan Negeri Selangor berhubung tunggakan air percuma, yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.
Saman itu difailkan oleh Tetuan Kamarudin dan Partners melalui  peguam Kamarudin Ahmad di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini,  jam 9.30 pagi.

Dalam saman itu, plaintif menamakan Kerajaan Selangor sebagai defenden pertama; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) masing-masing defenden kedua dan ketiga.
Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat menyediakan air percuma kepada penduduk negeri itu di bawah janji manifesto pilihan raya umum lalu.