Pasaran hartanah mengecut, kuasa beli jadi perdebatan
September 04, 2012
KUALA LUMPUR, 4 Sept — Penunjuk aras terkini memberi isyarat pasaran hartanah mengecut malahan perdebatan melibatkan pihak pemaju dan pembeli turut hangat diperkatakan menjelang pilihan raya yang diramalkan semakin dekat.
Walaupun pelbagai langkah diambil oleh kerajaan bagi memudahkan rakyat Malaysia membeli rumah, ia dilihat masih tidak memadai.
Pengecutan ini berlaku dengan mengambilkira jumlah pinjaman yang diluluskan kerana penurunan sebanyak tujuh peratus pada setengah tahun ini daripada 50.1 kepada 46.8 dalam tempoh sama tahun lalu.Menurut sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab memasarkan hartanah Malaysia di luar negara, Malaysia Property Incorporated (MPI) menyifatkannya ia berpunca daripada tindakan Bank Negara yang mengambil langkah mengetatkan pinjaman.
Meskipun angka rasmi menunjukkan peningkatan harga hartanah yang mendadak sejak tahun lalu, ia bukan petanda baik memandangkan rakyat Malaysia mula bosan dengan peningkatan harga rumah yang naik mendadak dan tidak munasabah.
Peningkatan ini yang didorong sikap tamak yang berkemungkinan akan memberi kesan sosial serta tidak menolak mungkin menimbulkan pertikaman lidah dalam pilihan raya nanti.
Meskipun dalam pilihan raya sebelum ini, isu hartanah tidak pernah dibangkitkan dan menjadi agenda mana-mana parti politik tetapi perkara ini mampu menarik minat pengundi sama seperti yang berlaku dalam pilihan raya negara jiran iaitu Singapura tahun lalu apabila isu hartanah menjadi modal utama pembangkang.
Malahan dalam maklumbalas Belanjawan 2013 perdana menteri (PM) secara online pada 16-29 Julai, isu perumahan mendapat topik utama yang diperkatan dengan sebanyak 3,000 maklumbalas diperoleh melibatkan isu terbabit.
Menyedari kesan yang bakal kerajaan hadapi, menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung dalam forum bulan lepas mengakui isu tersebut menimbulkan sentimen daripada rakyat yang mengganggap kerajaan tidak berusaha untuk menangani spekulasi hartanah.
Chor berkata dia akan mengusulkan cadangan supaya polisi fiskal dikaji semula dalam belanjawan 2013 yang bakal dibentang 28 September ini, yang antaranya mengambilkira cukai keuntungan harta tanah (RPGT), loan-to-value ratio dan syarat pendapatan pembeli.
Secara umumnya, harga perumahan dalam negara tidak terlalu tinggi tetapi ia sangat berbeza di kawasan kota seperti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Peningkatan harga rumah yang sangat drastik di kota besar ini telah mewujudkan rasa kurang senang dikalangan generasi baru yang tidak mampu membeli kerana pendapatan mereka terlalu kecil.
Manakala pemerhati pula berkata permasalahan ini timbul kerana spekulasi melampau bagi mengaut untung mudah dengan aktiviti penjualan dan pembelian rumah hingga menyebabkan pasaran padat serta kehilangan bakal pembeli dan pelabur yang asli.
Presiden Rehda, Datuk Seri Michael Yam dalam kenyataan di sidang medianya berkata walaupun langkah untuk memperlahankan spekulasi ini boleh diterima, pemaju agak bimbang jika langkah ini diambil terlalu ketat.
“Langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan spekulasi melampau ini tiada masalah tetapi jika terlalu ketat ia menimbulkan kesan yang merumitkan,” kata Yam.
Yam turut menentang segala peningkatan dalam RPGT kerana ia hanya menyebabkan keadaan menjadi lebih tidak menentu kepada pelabur dan menonjolkan imej berdolak-dalik kerajaan lebih jelas.
Pemaju turut beri cadangan bagi meningkatkan kemampuan untuk membeli rumah ialah dengan memberi lebih banyak tanah kerajaan untuk membina rumah berkos sederhana, memperkenalkan langkah pelepasan-auto ke atas unit bumi yang tidak dapat dijual, pemilik membayar sendiri kos penggunaan dan beri diskaun ke atas duti setem kepada pemilik rumah pertama.
Dengan kos perumahan terus meningkat dalam kos pembinaan, angka yang diberikan MPI menunjukkan bahagian akhir pasaran sebenarnya telah menjunam jatuh ekoran bebanan daripada loan-to-value ratio dan peningkatan RPGT daripada lima peratus ke 10 peratus.
Nilai bagi rumah berkos bawah RM500,000 telah menyusut kepada 3.16 peratus pada 2011 jika dibandingkan dengan tahun 2004.


0 orang berkata:
Post a Comment