Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

rch 28, 2013

PRU 13 - PERTEMUAN Najib & Pemimpin BN TERAKHIR HARI INI



PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertemu para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini. Pertemuan ini diibaratkan oleh sesetengah pihak sebagai pertemuan terakhir sebelum Parlimen dibubarkan.

Menurut maklumat rasmi, Perdana Menteri akan bertemu semua pemimpin di pejabat beliau di Putrajaya untuk memuktamadkan pengagihan kerusi untuk pilihan raya umum yang akan datang.

Mereka juga akan membincangkan senarai terakhir calon-calon yang akan bertanding di bawah Barisan Nasional.

"Beliau akan membincangkan pengagihan kerusi dan segala-galanya perlu dimuktamadkan (hari ini)," kata seorang pegawai.

Sumber itu juga berkata Najib akan tiba di Kuala Lumpur selepas menghabiskan beberapa hari di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi sejak Selasa lalu dan terus mengadakan beberapa mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin Umno.

Terdapat juga spekulasi bahawa beliau sudah bertemu dengan ketua bahagian yang "bermasalah" di pejabatnya di Putrajaya semalam selepas tamat mesyuarat Kabinet.

Sumber itu memberi gambaran bahawa banyak veteran Barisan akan digugurkan.

"Akan ada banyak muka baru kali ini," katanya.

Parlimen dijangka dibubarkan pada tengah malam 28 April untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum. Dewan Undangan Negeri Sembilan bubar semalam.

Apa yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet semalam hanyalah mesyuarat biasa.

Pelbagai sumber di dalam Kabinet mengesahkan bahawa tiada gambar berkumpulan telah diambil, seperti tradisi yang ditetapkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau memanggil semua menteri kabinet untuk bergambar bersama seminggu sebelum membubarkan Parlimen.

Menteri Kesihatan dan juga Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pembubaran Parlimen dan juga DUN Negeri Sembilan tidak dibincangkan.

Menurut beliau, Kabinet sekadar membincangkan Pelan Tindakan Pendidikan Kebangsaan dan hasil Program Transformasi Kerajaan, tiada tanda-tanda Najib akan memanggil pilihan raya.

"Mesyuarat Kabinet (semalam) berjalan seperti biasa dan topik yang dibincangkan adalah topik-topik biasa. Kami tidak bercakap tentang pembubaran langsung," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.