Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, March 27, 2013

Ahli PAS Mana Tu Hasan Oii!

Ahli PAS yang suruh ko tanding tu rasanya dah boleh teka dah!
Haa.... bagus juga kalau ko tanding kat Shah Alam
Tapi atas tiket parti apa tu?
Takkan UMNO tak berikan laluan setelah anjingkan diri untuk mereka sekian lama? 

Carilah tempat untuk bertanding, aku suka tengok ko bertanding
Jangan pulak bila rasa kalah, tak mau bertanding!
Hasan Ali belum buat keputusan bertanding PRU 13
 FMT - March 27, 2013
Beliau mengalu-alukan pandangan daripada pelbagai pihak sebagai pendekatan dalam memuktamadkan hala tuju politiknya.

KUALA LUMPUR: Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali sedang meneliti perkembangan politik semasa di peringkat negeri dan nasional sebelum mengambil pendirian sama ada bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Selain itu, beliau turut mengalu-alukan pandangan daripada pelbagai pihak sebagai pendekatan dalam memuktamadkan hala tuju politiknya.
“Mungkin dalam beberapa ketika terdekat ini sehingga pembubaran Parlimen barulah dapat ditentukan opsyen yang paling munasabah buat diri saya dan perjuangan IMR – Islam Melayu dan Raja melalui Jati yang saya diminta menerajuinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hasan berkata demikian sebagai respon kepada persoalan yang menghujani beliau sama ada akan bertanding pada PRU-13.
Selain terdapat gesaan untuk menmpertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, katanya beliau turut dicadangkan untuk bertanding kerusi Parlimen seperti yang dilakukan pada PRU 1999.
Tansing di Shah Alam?
“Ada juga di kalangan ahli politik termasuk beberapa pimpinan ulama PAS sendiri yang telah mencadangkan supaya saya turun ke kawasan Parlimen Shah Alam untuk bertanding di situ atas alasan-alasan tertentu,” katanya.
Bagaimanapun, jelasnya sama ada bertanding atau tidak, apa yang penting adalah memastikan pakatan pembangkang tidak memenangi PRU-13.
“Bagi saya yang lebih fundamental daripada itu ialah untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak diberi peluang oleh rakyat negeri ini (Selangor) untuk menerajui Malaysia dan mana-mana negeri lantaran prinsip perjuangan mereka yang merugikan Islam, Melayu dan Institusi Raja.
“Bagi saya mengundi Pakatan Rakyat bererti mengundang malapetaka buat generasi kini dan generasi pengganti yang akan datang,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

webwinkel beginnen hoe webwinkel online

My blog post Webwinkel Beginnen Kosten

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.