Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN TAWAR SAJA, PANGGIL LA WAKIL BUAT RUNDING

SPR kesal Pakatan tolak tawaran RTM siar manifesto
NIZAM ZAIN
28 Mac 2013
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
 
PUTRAJAYA – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kesal apabila tawaran siar manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ditolak oleh Pakatan Rakyat bulat-bulat.

Sebaliknya kata beliau, tawaran yang diumumkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim itu, yang membenarkan semua parti politik membentangkan manifesto menerusi siaran RTM selama 10 minit, perlu diteliti terlebih dahulu.

“Mereka (Pakatan Rakyat) tuduh kita tak beri ruang, SPR usahakan bersungguh-sungguh kepada semua parti politik supaya dasar politik mereka dapat didengar dan dilihat rakyat.

“... memang betul disebut 10 minit, tapi perincian syarat itu kami belum terima lagi, mungkin 10 minit itu berkali-kali, namun pada dasarnya kita dah dapatkan ruang untuk mereka bercakap,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Kelmarin, Majlis Pimpinan PR sebulat suara menolak tawaran siaran selama 10 minit.

Abdul Aziz merayu agar PR mempertimbangkan semula tawaran yang telah diusahakan SPR itu dan jika timbul rasa tidak puas hati, mereka boleh menyatakan syor agar dapat diperhalusi sekali gus menepis dakwaan mereka bahawa SPR berat sebelah dalam memberi liputan media yang adil kepada mereka sepanjang proses berkempen pada PRU13.

“SPR bercadang sebaik saja dapat garis panduan ini daripada Kementerian Penerangan, kita nak panggil semua parti politik.

“... belum dapat butiran lagi sudah ditolak begitu saja, walhal saya banyak kali turun naik untuk dapatkan ruang siaran itu kepada mereka, mereka sepatutnya hargai, bukan tolak mentah-mentah,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.