Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Peguam Najib dan Pak Lah mohon ketepikan sapina pebicaraan PKFZ

Oleh Ida Lim
March 12, 2013
 
KUALA LUMPUR, 12 Mac — Peguam kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan penyandang terdahulu Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) ataupun Pak Lah telah memberi isyarat akan mengenepikan sapina bagi anak guam mereka bagi memberi keterangan dalam perbicaraan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), kata Wong Kian Kheong.

Wong, mewakili bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik pada 20 Februari lalu memberitahu mahkamah Najib dan Abdullah antara nama dalam senarai saksi pembelaan yang akan dipanggil.

Wong berkata hari kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmadi Asnawi  beliau perlu menemubual Najib dan Abdullah, sebelum membawa mereka memberi keterangan dalam pembelaan Dr Ling.

Namun, beliau masih belum menerima sebarang maklum balas daripada peguam kedua-dua individu tersebut.

Apabila ditemui luar kamar mahkamah hari ini, Wong mengesahkan sapina yang telah dikeluarkan belum lagi disampaikan, menegaskan temubual perlu dijalankan terlebih dahulu.

Dr Ling yang berkhidmat sebagai menteri pengangkutan selama 17 tahun daripada Januari 1986 hingga Mei 2003 didakwa menipu Kabinet untuk meluluskan pembelian tanah PKFZ yang pada awalnya dianggar benilai RM1.1 bilion tetapi ia kemudiaan meningkat dengan berganda kepada RM4.6 bilion hingga tahun 2007.

Semakan yang dibuat oleh sebuah firma perakaunan  PricewaterhouseCoopers (PwC) mendedahkan pada 2009 jumlah keseluruhan termasuk faedah daripada pembayaran semula hutang boleh mencecah RM12.5 bilion.

Sejak Disember 2009, enam individu telah didakwa di mahkamah termasuk bekas presiden MCA, Dr Ling dan penggantinya selaku menteri pengangkutan iaitu bekas timbalan ketua MCA Tan Sri Chan Kong Choy.

Dr Ling juga berhadapan dua lagi pertuduhan tambahan atas menipu Kabinet untuk mempercayai terma pembelian — daripada RM25 sekaki termasuk faedah 7.5 peratus - telah diakui dan dipersetujui oleh JPPH walaupun menyedari tiada perjanjian yang wujud.

Beliau berhadapan hukuman penjara selama tujuh tahun jika disabit kesalahan, atau denda, atau kedua-duanya keatas pertuduhan pertama dibawah seksyen 418 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan tambahan yang dihadapinya pula sedikit ringan, lima tahun penjara, atau denda, atau kedua-duanya.

Perbicaraan selanjutnya akan bersambung pada 18 Mac nanti. Saksi lain yang dijangkan akan dipanggil ialah timbalan CEO Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Faizal Abdullah, saksi pakar Sajjad Akhtar daripada firma perakaunan berasal dari Singapura.

Awal hari ini, bekas menteri kabinet Tan Sri Fong Chan Onn memberi keterangan Dr Ling tidak menipu beliau keatas pembelian tanah PKFZ, sementara seorang lagi menteri Kabinet, Datuk Seri Rais Yatim masih lagi belum dipanggil untuk memberi keterangan.


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.