Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rosmah dakwa beliau berat hati terima hadiah barang kemas

Oleh Boo Su-Lyn
March 20, 2013
 
 
KUALA LUMPUR, 20 Mac — Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa dalam biografinya beliau berat hati untuk terima hadiah barang kemas yang mahal dari kerajaan asing sebagai tanda penghargaan. 
 
Isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu menafikan membeli cincin berlian berharga RM24 juta seperti didakwa pembangkang dua tahun lalu.
"Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya," kata Rosmah dalam biografinya yang dilancarkan semalam oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dan apabila telah diberi, saya pun memakainya. Takkan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia disimpan kaku dalam kotak simpanan," katanya lagi.

Rosmah (gambar) berkata Maira Nazarbayev - yang bakal menjadi besan beliau - menghadiahkan beliau 30.11 karat cincin berlian biru-kelabu di rumahnya semasa persiapan sempena acara pertunangan anaknya, Nooryana Najwa dan anak Maira, Daniyar Nazarbayev.

Keduanya bertunang di sini pada 2011. Rosmah berkata Maira adalah pelanggan tetap Jacob & Co., penjual intan berlian yang berpangkalan di New York.

"Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dan anak saya.

"Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura, kemudian ia dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2012," kata Rosmah.

Isteri PM juga mengakui beliau sering menerima hadiah seperti cincin dan jam tangan apabila bersama Najib melawat ke luar negara, sesetengah daripadanya mahal dan rekaan terhad. Rosmah menambah, adalah penting untuk kelihatan cantik.
"Memang ada barang perhiasan dan pakaian itu saya beli dengan duit sendiri, apa salahnya? Sebagai seorang wanita dan seorang isteri pemimpin, saya mesti kelihatan kemas dan menjaga penampilan diri.

"Saya tidak mahu kelihatan selekeh kerana jika saya kelihatan selekeh, akhirnya saya akan dikritik," katanya lagi.

Rosmah turut berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan panggilan "Wanita Pertama".
"Mereka memanggil 'Wanita Pertama' kerana suaminya diberi tanggungjawab dan dipilih rakyat untuk memimpin negara.

"Saya rasa ia tidak sepatutnya dipertikaikan," katanya lagi.
"Untuk sesetengah negara seperti Amerika Syarikat dan Perancis, ketua negara dan kerajaan mereka ialah presiden, oleh itu isteri presiden digelar Wanita Pertama. Jika kita panggil Queen sebagai Wanita Pertama, itu bermakna kita merendahkan martabat baginda," kata Rosmah lagi.

Dalam biografinya setebal 180 muka surat, Rosmah turut berkata orang ramai mengharapkan beliau untuk menjadi lebih menonjol kerana peranan sebagai isteri PM sudah berubah.

"Apabila semuanya berubah, harapan orang ramai mengenai isteri perdana menteri turut berubah.
"Mereka mengharapkan sesuatu yang lebih menonjol seperti di luar negara, ini kerana peranan dan fungsi wanita dalam memastikan keharmonian negara berkembang," katanya lagi.

Rosmah juga menafikan sebarang penglibatan tentang pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, dan berkata beliau berada di majlis berbuka puasa bersama Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam di Kuala Lumpur pada 19 Oktober, 2006, tarikh Altantuya dibunuh.

Biografi, yang ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abd Razak, menerangkan tentang zaman kanak-kanak dan zaman sekolah Rosmah, serta cabarang beliau berkahwin dengan perdana menteri.

Buku tersebut, termasuk menunjukkan beberapa gambar beliau semasa remaja dan dewasa, diterbitkan oleh Yayasan Amanah Perdana Malaysia.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.