Selasa, 12 Mac 2013
Terkini !! Seorang Anggota Tentera Terbunuh Dalam Pertempuran Di Lahad Datu
Gambar fail - Anggota tentera melakukan rondaan dalam Ops Daulat
LAHAD DATU: Seorang anggota tentera terkorban manakala tiga
pengganas sulu ditembak mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung
Tanjung Batu di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi Selasa.
Perkara itu disahkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika sidang media pada petang Selasa.
Hingga kini jumlah anggota keselamatan yang terkorban dalam Op Daulat
ialah sembilan orang.Sebelum ini seramai lapan anggota polis terkorban
iaitu dua wira
terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi
dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2
Mac.Mstar
0 orang berkata:
Post a Comment