Sunday, March 10, 2013
Siapa Sebenarnya Meliwat Saiful ? Lihat Foto Ini !
Mafiaboss Melayu's photo.
Assalamualaikum wmth dan Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari
telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab
termasuk Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri.
Mereka inilah merupakan dalang kepada semua FITNAH LIWAT yang dilakukan
terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.
2. Saya amat kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap
Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari.
3. Malah anak saya lansung tidak pernah menceritakan tentang kejadian
dan pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya
terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak
pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya
sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan.
4. Semua
kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya
sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus bersama
Khairil Annas Jusoh.
5. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini.
6. Saya ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan
terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan
bersama dengan anak saya, yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata
kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya
yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya tidak percaya kepada
dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7. Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sengsara
akibat fitnah ini.
8. Saya lakukan pendedahan ini kerana
setelah sekian lama saya mengumpul maklumat-maklumat samaada semasa
dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada saya oleh orang ramai,
saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan. Pihak
pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang kes ini
apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan
begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ianya dilakukan dengan begitu
terancang sekali.
9. Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya
mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus
bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan
negara ini tahu akan niat jahat mereka.
10. Jika niat jahat ini
berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara
musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil keputusan
untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Rakyat
Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan
menentang kejahatan ini.
11. Saya merayu kepada seluruh rakyat
negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah ini dan marilah kita
sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar
kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah
merestui perjuangan ini.
12. Marilah kita juga doakan agar
Allah menangkan perjuangan mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan
Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke 13
nanti.
Sekian. Wassalam.
Yang Benar,
………………………………
(AZLAN MOHD LAZIM)
0 orang berkata:
Post a Comment