Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENTERI BONGKAK BILA ADA JAWATAN,NAMA SAHAJA MUJAHID.


 KENYATAAN MERAPU DAN TUNGGANG LANGGANG, NAMA SAHAJA MUJAHID TAPI AKAI JUMUD.

-Pak Karamu-

 

Parti 'tunggang' agama, kaum tak relevan lagi, kata Mujahid

Zulaikha Zulkifli  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
WAWANCARA | Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata parti politik yang mengeksploitasi agama atau kaum dilihat sudah tidak relevan lagi pada masa kini.

Pak Karamu ulas:
Apa yang umat islam yakin bahawa  parti islam itu relevan untuk selama-lamanya, cuma yang mengatakan tidak relevan hanya mereka yang berfahaman islam liberal sahaja berkata begitu


Menjelaskan lagi kenyataannya itu, Mujahid berkata beliau tidak menolak Islam sebaliknya berpendapat agama itu luas dan tidak hanya terhad kepada kepartian semata-mata.

Pak Karamu ulas:
Semua orang tahu bahawa agama itu luas, orang bodoh dan bangsatpun faham, kamu tak perlu bagitahu secara bodoh.


"Parti politik yang menggunakan agama atau kaum sudah tidak relevan lagi. Saya nak tegaskan, 'yang menggunakan'.

Pak Karamu ulas:
PAS terutamanya menggunakan perkataan islam bermaksud kumpulan islam, jadi PAS menghrapkan berkat dari nama tersebut sebagaimana yang terdapat pada surah Al Mujaddalah 22. macam yang bapak kamu sebut semasa dia menjadi Presiden PAS


"Bukan saya tolak Islam. Islam itu besar, bukan sekadar guna dalam parti atau tidak," jelas Mujahid dalam wawancara dengan Malaysiakini ketika menjawab soalan mengenai sesetengah pihak - termasuk parti lamanya PAS - yang dilihat ekstrim dalam menjatuhkan hukum terhadap seseorang.

Pak Karamu ulas:
Tentang jatuhkan hukum maka itu kena buka Quran, kerana perjuangan PAS berdasarkan Quran, macam yang bapa kamu Yusuf rawa lakukan dulu , itu bukan ekstrim, itu namanya tegas, macam juga bapa kamu buat.


Islam lebih sekadar politik


Anggota parlimen Parit Buntar itu juga berkata berlaku salah pengertian jika Islam hanya diletakkan untuk kepentingan parti politik.

Pak Karamu ulas:
PAS juga tidak lakukan semacam mana kamu fikir, iaitu islam bukan hanya untuk politik hanya orang yang jumus sahaja fikir begitu.


"Islam itu adalah satu cara hidup. Islam itu ialah al-din (agama). Kalau letak Islam hanya kepentingan parti, guna ayat al-Quran untuk mengukuhkan bahawa dia mewakili Islam, itu misrepresentation.

Pak Karamu ulas:
Rasanya PAS tak pernah menyatakan bahawa Islam hanya untuk berparti cuma kamu sahaja berfahaman begitu atau kamu sahaja tuduh begitu, al maklum bila dah jadi menteri ikut sahajalah apa Bos atas arahkan, sebab zaman Mahadhir pernah nak haramkan PAS tapi tak berjaya sebab majlis Raja-raja halang.


"Kita perlu menjadikan Islam itu menjangkau lebih sekadar politik. Islam bukan hanya kepartian tetapi Islam ada satu prinsip besar yang memandu sebagai satu panduan kehidupan yang mencakupi ibadah, muamalat, kenegaraaan, undang-undang," jelas anak kepada bekas mursyidul am PAS yang pertama itu lagi.

Pak Karamu ulas:
Kamu bercakap berbelit-belit, sebenarnya kamu memberi maklumat kepada orang muflis agama, sebab itu kamu cakap berbelit-belit, sebenarnya kamulah  "misrepresentation."


Mengulas lanjut mengenai ekstremisme agama di negara ini, beliau berkata mahu melahirkan lebih pendakwah yang memahami Islam sebagai suatu agama yang membawa rahmat untuk sekalian alam.

Pak Karamu ulas:
Kamu lahirkanlah ramai pendakwah untuk lawan PAS lepas tu nanti kita do muzakarah atau debat .


Ramah tamah, bukan marah-marah


Malah, beliau juga bercadang untuk mewujudkan panduan bagi para pendakwah yang ingin berceramah di masjid atau di tempat-tempat terbuka agar tidak menyebarkan kebencian dalam penyampaian mereka.

Pa Karamu ulas:
Tahniah, ujudkanlah penceramah yang macam mana kamu sebut, JANGAN JADI MACAM BAPA KAMU BUAT BILA BERCERAMAH DI SABAK BERNAM SAMPAI HENTAK-HENTAK KAKI, panas baran, kamu tahu tak ?


"Bagi saya ini cabaran yang terpaksa saya hadapi.


"Sebab itu kita akan bawa konteks dakwah dan melahirkan para pendakwah atau ketua kumpulan di kalangan ustaz dan ulama yang membawa gagasan rahmatan lil alamin (rahmat sekalian alam) agar tak ada ruang kepada ekstremisme atau keganasan Islam.

"Kita mahu Islam yang ramah tamah, bukan marah-marah.

Pak Karamu ulas:
Buatlah apa yang patut demi islam, ikutlah rahmatan lil 'alamin, jangan bila hilang jawatan atau kalah nanti rahmatan lil 'alamin turut hilang ya !


"Sebab itu saya akan keluarkan panduan rasmi. Standard piawaian para ustaz ini tinggi. Dia mungkin ada ilmu tetapi mereka kena kuasai method penyampaian dakwah dan hindari daripada gunakan agensi agama untuk tujuan kebencian politik, ketegangan kaum atas nama agama, atas nama fatwa yang ekstrim. Saya akan tangani, insya-Allah," ujarnya.

Pak Karamu ulas:
Kamu mungkin anak yang baik, tak macam ayah kamu panas baran apabila buat fatwa, sebenarnya bukan fatwapun, sebab ia tidak melibatkan ayat mutasabbihat, saya harap kamu tidak dangkal sebagaimana keterangan kamu diatas.

15 orang berkata:

Anonymous said...

Main sebut bapak2 pulak karamu babi ni. Makin melampau2 pulak sejak akgie2 ni

Anonymous said...

Org pas ni pun dah macam najib. Sikit2 sebut bapak.

Anonymous said...

Bapak mujahid hentak2 kaki.


Ada bapak anak orang pas tu baruakan orang, babikan orang, anjingkan orang, kafirkan orang

Anonymous said...

Hentak2 kaki tu biasa la dlm politik. Yg tak biasa ialah yabg makan bangkai 90 juta, 1 juta, 2 juta drp ketua perompak. Audio ori

Anonymous said...

Kalau dah melampau2 sangat kafirkan orang, babikan orang, munafikkan orang, mempergunakan agama secara salah laku, elok sangat kalau parti atau pertubuhan songsang itu diharamkan.

Anonymous said...

Kalu sesah duit cikgu agama yik, tibai balak, cilok saham pelabur, dia guna agama ikut sisi lain... Geng perompak katakan

Jagoan said...

Jawapan balas pak kera ni mcm tiada intelek. Jawapan org yg sdg marah dan kecewa dan termakan hasutan syaiton.

Anonymous said...

islam takdak masalah. yg ada masalah cuma parti pas yg kononnya perjuangkan islam. karamu oii, pas dah tak relevan, dah boleh jumud dah. pru14 pun dah kalah teruk, tutup kedai laa.

Anonymous said...

pak karam mcm cemburu jer dgn menteri dari parti amanah ni. hehehe cemburu la tuu. dulu hadi dgn angkuh cakap amanah cuma bertahan 3 bulan jer. tapi Allah maha kaya, perjuangan ikhlas amanah menang besar, ramai jadi menteri. lebai pas byk yg dah kona sebab tu Allah tak redha pas menang peringkat parlimen.

Anonymous said...

Pilihan raya kecil sg Kandis:

Sebagai ahli pas, ana berpendapat pertandingan 3 penjuru mesti dijalankan. Ana tidak setuju one by one sebab gerenti tak boleh menang sebab ramai umnos dan ahli pas sudah masuk pan dan pkr secara senyap selepas pru14. Jadi jika lawan 3 penjuru atau 4 penjuru barulah pas boleh menang.

Pas jgn buat kerja memalukan nak berUG dgn umno di Kandis sbb bn sendiri pun tinggal mic sahaja. Jgnlah amalan dan cadangan TGHH bertanding 3 penjuru spt dlm pru14 dulu dikhianati oleh pas selangor. Three in one, pas pasti menang. Jentera pas amat kuat, bendera pas banyak, penyokong pas pantai timur banyak akan turun membantu. Pkr dan umno tak kuat mana, mudah saja ditumbangkan.

Jika pertandingan 3 penjuru di sg kandis, pas akan menang dan merampas selangor serta putrajaya. Ketua kita akan ditabalkan menjadi menteri besar dan perdana menteri. Pemimpin kita yang hebat2, ketua pemuda, ketua pemudi, ketua ulamak semua akan menjadi menteri. Kita akan jadi pemerintah dan ph jadi pembangkang bersama dgn umno.

Anonymous said...

PAS SOKONG NAJIB DIHUKUM JIKA TERLIBAT 1MDB:

Kenyataan ketua pass itu memang tak patut. Kan dulu pas dah berpuas hati dgn penerangan arul kanda. Kan perlu 4 saksi. Sekarang kenapa pertahankan najib. Kan arul dah kata najib tak terlibat. Patutnya konsisten pertahan najib. Patutnya sebagai penasihat najib, ahli2 pas kena derma utk najib bayar diposit 100000. Time susah najib bantu, sekarang time najib susah, ahli pas kenalah bantu najib pula. Pas perlu buat demo utk pertahankan najib. Buatlah kutipan tin milo supaya duit cagaran cukup 500K pada isnin ini. Janganlah jadi kacang lupakan kulit. Masa najib senang sanggup berpeluk sedondon, masa najib susah mana korang semua pergi? Tidak nampak pun nak pertahan atau menasihati najib. Inikah yang dikata "penasihat"?

Penasihat patutnya ada di sisi waktu senang dan susah. Patutnya kena sentiasa berada dekat dgn najib. Patutnya arahkan semua peguam pas untuk membela najib dgn percuma. Tapi...tapi...tapi.. Kenapa semua senyap dan batang hidung pun tak nampak?

Anonymous said...

Ayat2 yg bertulis kaler MERAH tu nampak macam tak matang. Adakah ia ditulis oleh seorang kanaj2 OKU yang sedang marah kerana tidak makan ubat penenang? Emak bapak dia sepatutnya jangan lupa bagi makan pil psikatri 3 biji, tiga kali sehari. Jangan sampai silap bagi sebijik pil 3 hari sekali. Nanti otak akan menjadi lebih teruk....

Anonymous said...

Keputusan mengenai prk tiga penjuru sg kandis melalui kajian culaan persatuan serban nasional:

Pas - 35,355 undi
Umno - 4,444 undi
Ph - 80 undi

Sokong 3 penjuru.

Anonymous said...

anon 4.13am, tu semua salah tu. pas wajib rujuk dgn kajian dr.zuhdi. ni kajian dr.zuhdi yang paling tepat utl prk sg.kandis:

PAS 39079
Umno 770
PH 30

alhamdulillah pas akan menang besar di selangor, gelombang ijau akan datang ke selangor keh keh keh

Unknown said...


شركة مكافحة النمل الابيض بالرياض
شركة مكافحة الفئران بالرياض
شركة مكافحة الصراصير بالرياض
شركة رش دفان بالرياض
شركة تنظيف فلل بالرياض
شركة تنظيف موكيت بالرياض
شركة تنظيف كنب بالرياض
شركة تنظيف واجهات بالرياض

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.