muktamar pas
PETALING JAYA - Lumrah dalam Tahaaluf Siyaasi perlu disertai dengan toleransi dan mengenepikan sikap terlalu sensitif berhubung beberapa perkara.
Perwakilan Pemuda Pas Melaka, Azizan Lim berkata, ahli Pas tidak sewajarnya terlalu terkesan terutama berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan sekutunya dalam menjalin kerjasama politik.

"Ini politik, bukan di Palestin yang perlu berjuang sehingga ke titisan darah terakhir..."

"Apabila rakan tahaaluf yang tidak faham tentang Islam bercakap kita terus melenting, susahlah," katanya ketika sesi perbahasan ucaptama Ketua Pemuda, di sini, hari ini.

Tambah beliau, "adalah lebih baik kita mencari kawan daripada kita mencari musuh yang mungkin seangkatan dengan kita".