DBKL Runtuhkan Rumah Rakyat, Last2 Terowong DBKL Pun Runtuh Sama !!!
Balasan. Amek kaw DBKL!!!
Neh la cakap2 yang mengundang rasa marah orang ramai terhadap aku kejap lagi. Macam mana? Nak cakap ke taknak cakap?
Taknak cakap ke nak cakap juga?
Nak cakap ke taknak cakap?
Sapa2 ada bunga tak? Aku nak petik kelopak dia satu persatu untuk mencari keputusan samada aku patut bercakap ke tak patut bercakap?
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
Ahh mampos la. Macam tak biasa kena balon berjemaah di internet. Buat bodoh sudah.
KAH KAH KAH
Baca ini tadi ;
Sebahagian daripada struktur terowong bawah tanah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di simpang empat Jalan Imbi, runtuh sedalam lima meter setelah berlaku mendapan tanah, dipercayai berpunca daripada paip air bawah tanah pecah.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 9.30 pagi tadi, dan orang ramai dinasihatkan tidak melalui kawasan itu untuk mengelak kesesakan lalulintas.
Beliau berkata terowong sepanjang 35 meter itu yang dalam pembinaan, mempunyai empat laluan kenderaan bagi mengurangkan kesesakan di simpang empat Jalan Imbi, dengan menghubungkan laluan kenderaan dari Jalan Pudu hingga menghala ke Jalan Tun Hussein.
Pihaknya juga telah meminta perkhidmatan monorel antara Stesen Hang Tuah ke Stesen Bukit Bintang dihentikan buat sementara atas faktor keselamatan selepas disarankan oleh pihak kontraktor projek terowong itu. Ini memandangkan satu daripada tiang monorel itu terletak berdekatan dengan tapak runtuhan.
"Kami risau tapak runtuhan berdekatan dengan tiang monorel akan runtuh dan menyebabkan monorel jatuh," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.
Azizan juga berkata pihak bomba turut melakukan kerja menanda di sekitar kawasan yang retak berdekatan dengan tiang monorel bagi memantau keadaan runtuhan supaya tidak berlaku pergerakan tanah yang besar.
Sementara itu, jurucakap DBKL berkata trafik di Jalan Imbi dijangka akan meningkat pada sebelah petang berikutan kejadian tanah mendap itu.
Dalam reaksi segera kepada Bernama, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata pembinaan projek terowong yang runtuh itu akan diteruskan dan dijangka akan disambung esok.
"Punca kejadian itu dipercayai paip air Syabas pecah. Projek itu akan disambung semula dan pemantauan projek terowong itu akan dibuat secara berterusan dengan jurutera perunding dan DBKL," katanya.
DBKL juga sedang berbincang dengan syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memastikan tidak berlaku litar pintas terhadap bangunan berhampiran termasuk pusat-pusat perniagaan di Bukit Bintang, hotel-hotel dan Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur hingga bekalan tenaga terputus, katanya.
"Ini kerana terdapat saluran kabel elektrik TNB di kawasan terowong runtuh itu," katanya.
DBKL juga akan meneliti keadaan keselamatan di tempat kejadian runtuh itu dalam memastikan keselamatan pekerja membina terowong itu. - Bernama
Ooo.. takde kaitan dengan pembinaan MRT rupanya ek.
Tapi ada kaitan dengan DBKL. Bunga2 dapat topic untuk balon kerajaan tetap ada walaupun tiada kaitan dengan MRT. Itulah kata2 dalam ahti aku berbahas. Ciss. Macam lahanat kan.
KAH KAH KAH.
Nak cakap padan muka pun takde la padan muka kat DBKL sangat. Lebih kepada padan muka DBKL bersama2 rakyat disebabkan kos pembinaan terowong antaranya datang dari pembayar cukai juga. Maka padan muka kita semua lebih tepat.
Cuma kat sini DBKL dan SYABAS kena memikirkan sesuatu.
Apasal dan2 aje paip air SYABAS pecah?
Kenapa pecah?
Adakah berkaitan dengan material paip yang dah uzur? Kejap lagi mesti ada orang cakap ini bala bencana tak boleh nak elak punya. Ini bukan bala bencana kalau ianya berpunca dari kecuaian manusia. Apa jadahnya sikit2 ko nak mengaitkan dengan Allah bila ia melibatkan kelalaian dan kecuaian manusia, ye tak?
Lepas tue. Korang semua masih ingat krisis KG. Chubadak? Hah. Dorang kalah kes mahkamah. Semalam. DBKL dapat hak untuk ranapkan KG. Chubadak. Say babai to KG. Chubadak. Menangis la airmata darah sekalipun tak berguna juga. DBKL kata roboh, maka robohla ia.
Persoalan. Ini bermain2 di minda aku dari petang tadi. Tapi disebabkan akal fikiran aku dok lapaq nasi maka aku tak boleh nak menulis. Aku dok fikir air air air. Lepas tue dok fikir nasik nasik nasik. Gila ah. Puasa apa macam neh.
KAH KAH KAH
Apa pun berbalik kepada PERSOALAN. Ya, persoalan.
Timing nya memang kebetulannya. Penduduk KG. Chubadak kalah kes di mahkamah. Rumah2 mereka bakal dirobohkan. Yang nak buat kerja2 perobohan adalah DBKL. Dan pagi tadi, terowong DBKL pula runtuh. Kononnya berpunca dari batang paip air milik SYABAS, pecah. Kenapa pecah? Tekanan air tinggi sangat ke? Kenapa tinggi sangat? Sebab korang sekat pembekalan air ke? Atau disebabkan material paip dah uzur? Apa2 pun itu kita tunggu la siasatan rasmi sebelum sembang kencang salah menyalahkan macam biasa yang kita amalkan selama ini. Hehe.
Cuma satu aje aku nak nampak sekarang. Lepas dah tak lapaq nasi dan air. Ini kebetulan yang betul2 kebetulan neh. Rumah penduduk KG. Chubadak dirobohkan DBKL. Dan terowong dalam pembinaan seliaan DBKL pula runtuh. Ini apa yang tuhan cuba tunjuk di bulan2 ramadhan? Woi DBKL. Ce lue fikir sama.
Kbai.
1 orang berkata:
Bumi ini allah punya, sekiranya rayuan org miskin @ mungkin didlmnya ada anak yatim.maka doa mereka ini didengari allah. Allah balas dgn kerugian yg lg besar.
Post a Comment