MASA PAS MEMERLUKAN PR DALAM MASALAH HUDUD LU ORANG HANTAM PAS SETENGAH MATI, LANGSUNG TAK ADA KOMPROMI, DIMANA SEMANGAT SETIA KAWAN DAP DAN PKR ? Pak Karamu
Ke mana sifat terbuka slogan 'Pas for All'?
DAP menyeru pimpinan Pas Pusat mengambil satu
pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Pengarah
Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki dan mengambil tindakan
yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong
Pakatan Rakyat (PR) di seluruh negara terhadap Pas.
DAP amat terkilan dengan pendedahan mesej Dr Zuhdi dalam “Whatsapp AJK PAS Pusat” yang berbunyi:
“Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk
seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi Adun PKR+12 Umno, dah
bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh
terima TSKI jadi MB.
Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah
ALLAH, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan
kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara
non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini”
Yang pertamanya, Dr Zuhdi tidak menafikan menulis mesej tersebut tetapi
cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa apa yang ditulis
oleh beliau adalah “analisis senario” kepada cadangan oleh seorang
pemimpin kanan Pas supaya Pas keluar dari PR.
“Analisis” sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin Pas pusat
adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot
kepercayaan rakyat.
Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar dari PR adalah hak pimpinan
Pas, namun cadangan untuk bergabung dengan Umno dan membentuk kerajaan
negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan
DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor yang telah memberikan mandat
yang jelas kepada PR dalam PRU13.
Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dengan sekeras-kerasnya.
Saya ingin mengingatkan Dr Zuhdi bahawa kerusi-kerusi yang dimenangi
oleh Pas di Selangor adalah di bawah payung PR kerana ketiga-tiga parti
Pas, PKR dan DAP bertanding dalam PRU13 dengan manifesto bersama PR.
Yang keduanya dan lebih mendukacitakan ialah seorang Pengarah Operasi
Pusat Penyelidikan Pas yang sepatutnya diamanahkan sebagai “think tank”
kepada Pas boleh “mengimaginasi” untuk “menjentik DAP, gereja dan non
Muslim” apabila ada pandangan yang berbeza.
Ke mana perginya sifat keterbukaan dan toleransi dalam slogan “Pas for ALL”?
Saya juga tidak pernah ada imaginasi bahawa seorang pemimpin Pas boleh
“mengimaginasi” seperti Umno untuk mengembalikan kuasa politik Melayu
Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Cadangan dan pemikiran Dr Zuhdi ini amat mencemarkan imej positif Pas
yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan
keadilan dan kuat berpegang kepada prinsip.
Saya yakin majoriti pemimpin Pas Pusat amat tidak bersetuju dengan cadangan dan pandangan Dr Zuhdi.
DAP menyeru pimpinan Pas Pusat untuk mengambil satu pendirian yang
tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambill
tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi
dan penyokong-penyokong PR di seluruh negara terhadap Pas.
ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Setiausaha Organisasi DAP
29 Julai 2014
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik
dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar
Harian Online.
12 orang berkata:
INI cina dap tak ingat Ke.mass sibuk pas nak laksana hudud ,bukan main kau polimek kan.macam macam kau kutuk.bila pas komen pasal mb Selangor kau kata pas tak ada setia kawan.kau ingat Hadi Dan nik Aziz tak kecik hati Ke.Ada eluk nya pas jgn kawan dgn dap.lone ranger atau join umno.satu akidah dpt pahala Dan barakah
Jangan mulut je sebut Islam, perangai yahudi sudahlah....
PAS ni masalahnya selalu berkorban untuk kepentingan orang lain. PAS yg bekerja kuat, orang lain dapat habuan. PAS patut ketuai PR.Sekarang ni PAS hanya pak turut. Di Selangor pun tak nampak langsung kuasa PAS.
PAS kluar PR. bergerak sendiri. tak perlu join UMNO. UMNO tetap akidahnya BN. BN tu cina tongsan & hindraf pariah bersepah. aku nak tengok hebat mana PKR... PRU 13 dulupun cakap berdegar-degar tapi yg buat kerja orang PAS khususnya pemuda.nak harap pemuda PKR.. semua perangai mcm ketua dia.. pencacai anwar dari zaman uia sampai la skrg ni. aku pun uia jugak. 2 thn matrik, 4 thn msin camp PJ. kenai sangat anwar dan pencacainya. menyusahkan! ingatkan dah berubah bila fitnah bertimpa-timpa.. rupanya tak sedar lagi! PAS elok keluar PR. PAS elok tukar presiden... Tuan Ibrahim lebih layak! PAS perlu ambil tindakan segera... jgn biar menantu presiden Din Ayam menentukan halatuju PAS!!! aku rindukan semangat PAS zaman arwah Ustaz Fadhil Noor - halatuju jelas sbb tadak anak menantu kroni campur tangan. PAS patut asingkan diri dari DAP laknat... yg jelas tolak dan hina hukum Hudud mcm MCA GERAKAN MIC PPP UMNO!
PAS kuar je dri PR. PAS x perlu undi org lain. PAS di tubuhkan untuk bertanding di PRU tapi cuma bertanding bkn utk menang. Menang x penting yg penting org lain selain dri PAS pun x menang. hahaha... Pemimpin PAS berhak tabur fitnah tapi berdosa besar hukumnya bila org lain yg tabur fitnah. PAS kata parti lain amalkan kuku besi tapi dlm PAS 'wala' menjadi senjata paling ampuh buat pemimpin utk berselindung dari salahlaku. Org lain berkereta besar, PAS kata duit rasuah, tapi bila pimpinan PAS, itu di namakan rezeki...muahahaha...Berubah la PAS, tolong la jgn burukkan imej Islam, mcm UMNO buat dari dulu. Tolong la, sudah2 la burukkan imej islam dgn ahklak dan kelakuan yg tidak mengambarkan kesucian Islam.
AKU SUKA PAS TAPI BENCI PEMIMPIN PAS TAK ISTIQAMAH DLM PERJUANGAN SEPERTI MANA TGNA HARAPKAN. SEMUA NAK BURU JAWATAN......MACAM MANA NAK JADI SEPERTI BRIDGED AL QASSAM
Ya ..aku dokong 1000%
nak istiqomah camno? sebahagian besar pemimpin PAS la ni sahabat baik & anak didik Anwar dari dulu. Mat Sabu tak suka Anwar tp terpaksa sbb tahalus siasi... elok PAS keluar dari PR. menang kalah dlm perjuangan itu adat bertanding. tiada guna kalau PAS menang tp yg untungnya DAP & PkR. orang lain mati-matian buat kerja, orang lain dpt hasil...pastu sedap-sedap kutuk PAS. PAS perlu tukar presiden. tukar pemimpin-pemimpin pengampu dan perosak mcm Din Ayam, Yusni Mat Piah dll. cukup-cukuplah kerosakan yg di buat! PAS berada di tempat sekarang bukan melalui jalan mudah!
Kalau kita nak komen atau bagi pandangan perlu lah kita lihat siapa kita? Kita berada dimana sekarang? Kita tahukah sejarah dari awal? Apa dasar perjuangan PAS? Apa dasar perjuangan UMNO?apa dasar PKR? Apa dasar DAP? Dan dasar parti2 lain.. Baca dahulu serta penuhkan ilmu,jangan faham setengah nanti jadi lain makna tak betul. Baca dan buat kajian dan analisa dengan teliti. Biarlah kita bercakap dengan ada ilmu pengetahuan yang cukup.sebelum buat tuduhan.
Kena faham betul2.. PAS ada dewan ulama,dewan tertinggi parti islam.dewan ulama memandu PAS,siapa dikalangan dewan ulama itu?jawapannya orang2 alim,ustaz dan tuan2 guru. Jadi mereka berpandukan al-quran dan sunnah sebagai perlembagaan dalam setiap kerja parti selagi mana menguntungkan islam dan bekerja segala galanya untuk allah swt.. Ingat dimana bumi dipijak dan langit dijujung...!amin..
Dan Nabi Saw pernah bersabda:" diakhir-akhir zaman nanti akan datang satu fitnah yang besar lagi dasyat"... Mungkin apabila saat hampir kedatangan al-masih dajjal. Nabi Saw pernah berkata bahawa pada zamannya nabi yang akhir dan ada lima Fasa.. Dimana fasa kelima adalah dunia kembali dipimpin oleh islam sperti pada zaman nabi2 dahulu,selepas fasa kelima nabi Saw terdiam... Bererti berakhir sudah kehidupan manusia dibumi.kita berada difasa keempat dimana zaman yang ada hari ini,dimana fitnah dasyat beserta kekejaman,pertumpahan darah sana sini,masa zaman ini lah al-masih dajjal akan keluar dan akan perintah dunia.wallahualam..
Salam..
Kami daripada pemuda bukit gantang taiping perak mnyokong penuh pandangan tuan guru presiden dalam memutuskan perkara tentang mb selangor.kami pemuda semua dibelakang tuan guru presiden serta dewan ulama pas. Berani dan teguh!!
Post a Comment