Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Gugurkan pemimpin PAS yang berada dalam PASMA

Pas perlu istiqamah kuatkan parti
  • Hadi Awang Hadi Awang
1 / 1
IPOH -  Pemimpin dan ahli Pas diingatkan supaya meneruskan perjuangan secara berterusan atau istiqamah bagi membina kekuatan dalam parti yang berusia 63 tahun itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penubuhan Pas pada dasarnya merupakan rantaian atau kesinambungan daripada kumpulan parti-parti Islam terdahulu.

Menurutnya, berdasarkan situasi semasa, gerakan politik Islam mampu untuk menang sekiranya demokrasi diamalkan sesebuah negara itu benar-benar tulen.

“Gerakan politik melalui pilihan raya mampu menjana kemenangan sekiranya demokrasi diadakan secara tulen bukan demokrasi tipu.

“Kumpulan Islam boleh menang di Syria, menang di Tunisia, menang di Mesir tetapi kemenangannya dinafikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Pas kali ke-63 di Kompleks Pas Kuala Kangsar, semalam.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan kad keahlian Pas berwajah baharu yang dilengkapi gambar ahli.

Abdul Hadi berkata, Pas memilih jalan damai untuk perjuangan dengan memilih demokrasi sebagai keutamaan biarpun terdapat kumpulan yang rakus menentang Islam.

“Dalam masa kita menebarkan perjuangan yang betul, muncul kumpulan yang rakus menentang Islam. Jadi untuk mendirikan negara Islam dan menentang kerakusan tersebut kita perlu mempunyai asas teguh dan kuat, " katanya.

BARANG TETAP TIDAK TURUN

Harga RON97, RON95 turun mulai 12 malam ini

  • Minyak
1 / 1
KUALA LUMPUR - Harga runcit RON97 turun sebanyak sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan kepada tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.
  
Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.
 
Menurut Hasan harga baharu ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.
  
"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baharu itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
  
Pada 21 November lepas, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Disember.
  
“Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010,” katanya.
  
"Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya, ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON97, RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu sekiranya berlaku sebaliknya (harga pasaran minyak mentah dunia menurun)," katanya. - Bernama

 
Seorang lagi mangsa lemas masih hilang
  • Sabariah Jusoh, 60, (tiga, kanan) ibu kepada mangsa lemas Mohamed Azizul Mohamed Ali, 28, turut serta menaiki bot mencari anaknya di Sungai Pahang dekat Kampung Pulau Jawa di Pekan, hari ini. - Foto Bernama Sabariah Jusoh, 60, (tiga, kanan) ibu kepada mangsa lemas Mohamed Azizul Mohamed Ali, 28, turut serta menaiki bot mencari anaknya di Sungai Pahang dekat Kampung Pulau Jawa di Pekan, hari ini. - Foto Bernama
1 / 1
PEKAN - Seorang penjawat awam ditemui mati lemas manakala rakannya masih hilang selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka karam di Sungai Pahang dekat Kampung Pulau Jawa, di sini, semalam. 
 
Mayat Zuhair Sulong, 42, dari Kampung Pulau Jawa ditemui penduduk kampung pada jam 9.50 pagi tadi, kira-kira 800 meter dari tempat kejadian. 
 
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, dalam kejadian 6 petang itu, Zuhair bersama Azizul Mohd Ali, 28, dan seorang lagi rakan mereka yang terselamat, Said Harun, 31, sedang menaiki bot selepas mengambil buah kelapa di Pulau Che Abbas. 
 
Katanya, bot yang dinaiki tiga rakan itu dipercayai tenggelam akibat terlebih muatan. 
 
"Zuhair dan Azizul dipercayai tidak pandai berenang menyebabkan mereka hilang dibawa arus manakala Said selamat selepas berjaya berenang ke darat. 
 
"Setakat ini Azizul masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan yang melibatkan pihak polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
 
Beliau berkata mayat Zuhair, Pembantu Rendah Am di Pejabat Tanah dan Galian Daerah Pekan itu dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat. 
 
Sementara itu, seorang remaja berusia 18 tahun, Khairul Ikhwan Abdul Latif dari Taman Bukit Goh Perdana, di sini ditemui mati lemas ketika mandi di Sungai Tertai dekat Kampung Sungai Mas, Sungai Lembing dekat sini, pagi tadi. 
 
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 11.05 pagi. 
 
"Mayat mangsa ditemui di dasar sungai oleh Orang Asli yang turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pada pukul 11.26 pagi," katanya.
 
Mayat itu Khairul Ikhwan, pembantu kedai runcit milik bapanya, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat. - Bernama

Hangpa yang lambat pickup perangai DAP

Apa erti DAP meminta keadilan tentang jawatan speaker ? Ertinya jika MB Selangor tak bagi jawatan timbalan speaker maka MB Selangor melakukan ketidak adilan ! sekalipun jawatan Speaker adalah dari DAP, nak lagi, nak lagi, bagi je laaaa ! Layaaaaan ! - Pak Karamu

 

DAP Tetap Mahukan Jawatan Timbalan Speaker Di Selangor - DAP Kemaruk Jawatan Pula Dah..





Kepada penyokong2 PAS, PKR dan DAP. Tiada apa2 lagi yang aku mahu katakan. Aku dah kutuk PR bermati-matian selama neh seperti aku mengutuk BN bermati-matian. Apa yang perlu aku bahas aku dah bahas. Dah malas nak ulang2 benda sama.

Masing2 ada akal.

Sila fikir sendiri.

Dan sekali lagi. Aku hadiahkan zikir tetap aku. PARTI. HANYA MAHU UNDI. 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

DAP tetap akan melobi agar satu lagi jawatan timbalan speaker diwujudkan apabila jawatan tersebut dimenangi PAS melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN baru-baru ini.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyatakan hasrat parti itu dalam konvensyen DAP Selangor pagi ini.

"Kami tidak berniat untuk menghalang timbalan speaker dari PAS yang telah dilantik .

"Kami hanya menuntut bahawa timbalan speaker kedua dilantik seperti sebagaimana di Perak dan Sabah," ujar Pua dalam ucapannya dalam konvensyen itu hari ini .

DAP mencalonkan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim untuk jawatan itu minggu lalu, namun wakil rakyat itu tewas dalam undi rahsia yang dijalankan.

Pua hari ini berkata Ng kekal sebagai pilihan parti itu untuk jawatan timbalan speaker tambahan.

Seorang lagi wakil rakyatnya, Hannah Yeoh kini memegang jawatan speaker Selangor.

Pua berkata DAP sentiasa setia kepada perjuangan Pakatan walaupun semasa krisis Menteri Besar Selangor (MB).

Katanya lagi, walau dengan perjanjian sebelum ini, PKR meraih satu lagi kerusi exco.

"DAP merasakan bahawa permintaan kami adalah adil dan tidak keterlaluan," katanya .
 
"DAP minta Menteri Besar, Azmin Ali adil kepada DAP," katanya . -Mkini-

ORANG LAMA DULU MAKAN GARAM, TAK LEH UNDUR

Sudah tiba masa orang lama undur

  • Ahmad Sidi Ismail Ahmad Sidi Ismail
1 / 1
KUALA TERENGGANU – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Terengganu menasihatkan ahli politik yang sudah memegang jawatan bagi tempoh terlalu lama dalam parti berundur demi kelangsungan Umno di negara ini.

Yang dipertuanya, Datuk Ahmad Sidi Ismail berkata, orang lama terutama yang sudah tidak mendapat tempat tetapi tetap berkeras mahu kekal dalam parti atau bertanding dalam pilihan raya umum perlu sedar masa mereka sudah berlalu.

Sebaliknya beliau berkata, tempat tersebut perlu diisi dengan pemimpin baru yang lebih berkaliber dalam meneruskan perjuangan parti.

“Mereka yang sudah lama itu, insaflah diri. Kalau patut berundur, berundurlah. Kalau (selepas itu) orang parti tidak beri tempat kepada kita, kena terima hakikat masa kita sudah berlalu. Dulu orang sokong kita, sekarang kita pula sokong orang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai peremajaan Umno sambil menjelaskan, sudah ramai pemimpin Umno yang baru dan muda terlibat dalam Umno selain mendapat tempat dan aktif dalam parti.

Jelasnya, orang muda yang bakal pemimpin pelapis perlu ditonjolkan sebagai persediaan terhadap peralihan kepimpinan pada masa akan datang.
Bagaimanapun, Ahmad Sidi mengharapkan orang muda yang terlibat dalam parti menunjukkan komitmen serius serta bertanggungjawab dengan tidak menjadikan Umno sebagai batu loncatan untuk kepentingan sendiri dan kroni.

“Orang muda kena tunjuk kebolehan dan kemampuan untuk berjuang demi bangsa, agama dan tanah air, bukannya masuk politik dengan tujuan mengumpul kekayaan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Sidi turut berharap Perhimpunan Agung Umno 2014 yang berakhir semalam di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) diberi penekanan oleh peringkat kepimpinan.

Beliau menjelaskan, perhimpunan parti yang padat dengan saranan, idea, pandangan, fikiran, kritikan dan sindiran tidak seharusnya diketepikan atau hanya bersifat sementara.

Sebaliknya, semangat itu perlu dibawa keluar bersama-sama bagi memastikan agenda perjuangan Umno tidak hanya hangat-hangat tahi ayam.

“Saya sarankan kepada pucuk pimpinan Pusat atau negeri, segala keputusan atau penerimaan di peringkat bawah ambil perhatian yang serius dan tindakan wajar. Jangan hanya keadaan dalam dewan panas tetapi tindakan yang diambil tidak sewajarnya,” katanya.

PEGANG JANJI TERBUKA ITU

Hudud: Kerajaan Pusat terbuka

  • Jamil Khir (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada Johan Qari dari Petronas, Hazrizal (dua kanan). Jamil Khir (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada Johan Qari dari Petronas, Hazrizal (dua kanan).
1 / 1
KOTA BHARU – Kerajaan Pusat mengamalkan sikap keterbukaan dalam isu pelaksanaan hukum Kanun Jenayah Syariah II yang dijangka dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan, tahun hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perlaksanaan tersebut terletak di atas bidang kuasa negeri masing-masing.

"Pentadbiran agama ini terletak kepada negeri masing-masing, dalam isu ini, terpulang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakannya.

“Apa yang penting, kerajaan negeri melaksanakannya mengikut prosedur yang ditetapkan,"katanya kepada media selepas merasmikan Majlis penutup Tilawah Al-Quran syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Terdahulu, kerajaan Kelantan melalui Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Abdullah menyatakan mesyuarat kali ketiga itu juga turut memutuskan keperluan untuk meminda Akta 355 atau Perkara 76 (A) yang memerlukan satu rang undang-undang persendirian dibawa ke parlimen, selain menyatakan kelangsungan penuh perlaksanaan itu juga bergantung pada cadangan jawatankuasa tersebut nanti.
 

SETIAP PERJUANGAN ADA RSEIKO, JIKA BERJUANG TAK DE RESIKO MAKA ITU BUKAN PERJUANGAN

Akta Hasutan: Usaha BN kekal berkuasa
1 / 1
KUALA KANGSAR - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 disifatkan sebagai usaha BN kekal berkuasa di negara ini.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendakwa, Najib mahu mengukuhkan akta itu bagi mengelak rakyat bangkit melawan mereka.

Menurutnya, Presiden Umno itu seorang yang lemah kerana menukar keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan selepas tindakan itu tidak dipersetujui ahli Umno dan beberapa parti komponen BN lain.
“Akta Hasutan boleh disalah guna. Najib janji untuk buat akta baharu, apabila ahli Umno melenting, dia tarik balik (keputusan untuk mansuhkan Akta Hasutan). Inilah pemimpin paling lemah yang pernah kita ada.

“Saya beri jaminan, kita akan gerakkan rakyat, lawan Akta Hasutan seperti mana kita lawan ISA dulu,” katanya di sini, semalam.

Beliau turut menempelak sikap Umno yang kerap memainkan isu perkauman dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat Katanya, parti itu sebenarnya takut dengan PR kerana tidak menyangka beberapa negeri seperti Selangor, Kedah dan Perak boleh jatuh ke tangan pembangkang.

“Umno kini sudah tiada ideologi, perjuangan mereka lebih banyak menyentuh isu perkauman kerana itu saja yang tinggal jadi 'modal' mereka,” katanya.

DARI DULU SAMPAI SEKARANG UMNO BERCAKAP BENDA YANG SAMA

Umno/BN mungkin ditukar jika tidak berubah

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa Umno dan BN akan kehilangan kedudukan sebagai kerajaan pemerintah jika tiada inisiatif baharu dilaksanakan untuk menjadikan parti itu kekal relevan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri, menegaskan keadaan semasa menunjukkan 44 kerusi parlimen milik BN berada dalam kategori 'kelabu' dan sekiranya undi rakyat jatuh sekitar dua peratus sahaja, mereka akan kehilangan majoriti minimum yang diperlukan untuk menjadi kerajaan.

"(Berdasarkan keputusan PRU13) BN mempunyai 44 kerusi 'kelabu', yang mana kita menang antara 0.1 hingga 5.9 peratus majoriti sahaja. Hanya dengan penurunan undi dua peratus sahaja, maka akan jadi 103 kerusi parlimen, kurang daripada 112 (majoriti minimum) dan BN akan kalah.

"Dua peratus bukan banyak, kalau saudara kira bahagian parlimen, kalau undi sekian banyak, kiralah dua peratus turun, maka kita akan ada dalam keadaan amat berbahaya," katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2014, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

AKAN MENYUSUL

KALO ADA PENYELEWENGAN BUAT SAJA REPORT POLIS, JANGAN CAKAP JE

'Syarikat abang saya ubah suai kediaman rasmi MB'

  •  Mahfuz Omar Mahfuz Omar
1 / 2
ALOR SETAR - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar mengakui kontraktor menguruskan projek ubah suai bangunan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berharga RM1.4 juta ialah syarikat milik abangnya.

Bagaimanapun, Mahfuz menggesa satu lagi projek ubah suai landskap bernilai RM2.9 juta di kawasan kediaman rasmi itu didedahkan siapa kontraktor yang  menguruskannya.

Menurutnya, Mukhriz juga perlu menyatakan bagaimana tender projek ubah suai landskap itu diberikan kepada kontraktor tersebut sama ada dalam pengetahuan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan sebagainya.

“Syarikat tersebut memang syarikat abang saya, namun itu bukan persoalannya dan bukan cara Mukhriz untuk menutup soalan berkaitan projek landskap itu.

“Saya bagi tempoh seminggu untuk beliau mengumumkannya, jika tidak saya akan mendedahkan siapa yang uruskan projek tersebut,” katanya, di sini, semalam.

Mahfuz mengulas demikian apabila Mukhriz yang juga Adun Ayer Hitam itu mendedahkan perkara tersebut dalam sidang Dun Kedah, baru-baru ini.

Tambahnya, Mukhriz juga perlu mendedahkan harga serta kuantiti pokok kurma dan pokok palma yang ditanam di kawasan tersebut.

“Selalu pokok kurma diimport daripada Thailand harga termasuk kos penghantaran untuk setiap satu adalah RM1,000 manakala pokok palma itu lebih kurang RM600 hingga RM700 sepokok.

“Jadi kita nak tahu berapa jumlah sebenar pokok-pokok tersebut dan dari mana ia diimport,” katanya.

BUAT APA ULAS KENYATAAN ORANG BODOH DAN BANGANG


SEMUA INI SALAH KERAJAAN YANG MEMERINTAH NEGARA

Dah 57 tahun merdeka, masih tak tahu cakap Melayu

  • Grafik Sinar Online Grafik Sinar Online
1 / 1
KUALA LUMPUR – Selepas 57 tahun merdeka, masih ada lagi rakyat Malaysia yang tidak dapat bertutur dalam bahasa kebangsaan akibat pelbagai aliran pendidikan berbeza yang diamalkan di negara ini.

Menyifatkan perkembangan itu sebagai sesuatu yang malang, perwakilan Kelantan, Datin Rahimah Mahamad berkata, perpaduan yang diharapkan terhasil daripada kerangka pendidikan negara terganggu dengan wujudnya sekolah persendirian, sekolah pondok dan sekolah agama yang membawa falsafah dan idealisme berbeza daripada yang dihasratkan.

“Oleh itu, Wanita Umno menyokong supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya bagi meneliti sejauh mana sistem kepelbagaian sekolah (dapat) melahirkan generasi dengan jati diri Malaysia, semangat patriotik yang tinggi, mengutamakan perpaduan dan menghormati Perlembagaan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan menyokong usul agama dan pendidikan yang dibawa oleh perwakilan Terengganu, Abdul Hakim Wan Mokhtar di Perhimpunan Agung Umno, pagi tadi.

tiga mata-mata kna libas ngan parang

Allahu Rabbi!!! (Gambar2) Rentetan Kejadian Amuk Di Kg Kerkau, Pendang Tiga Anggota Polis Cedera Ditetak.. Jom Terjah!!!

Sarjan Mohd Abdul Halil Osman kini dirawatkan di HSB, Alor Setar.
Pendang: Tiga anggota polis cedera akibat ditetak seorang lelaki yang mengalami masalah mental dalam kejadian amuk di di Kampung Kerkau, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, tiga anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an itu cedera ditetak di bahagian kepala, tangan dan kaki sehingga terpaksa menerima lebih 10 jahitan.

Sumber berkata, suspek yang berusia 28 tahun dipercayai mengamuk selepas pihak polis cuba memujuknya keluar dari bilik untuk dibawa ke hospital.
"Seorang daripada anggota polis terbabit mengetuk pintu bilik dan sebaik dibuka mangsa terus ditetak di bahagian kepala menyebabkan dia terjatuh.

“Rakan mangsa yang cuba menyelamatkan mangsa turut ditetak di tangan kiri manakala seorang lagi anggota polis turut cedera di kaki akibat terkena libasan parang," katanya.

Menurut sumber itu lagi, suspek berjaya ditahan selepas kejadian dan mengalami kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Nashir Ya ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12593#sthash.uSSSYDZP.dpuf

YANG KEKALKAN AKTA HASUTAN KEBAL DARI SEBARANG AKTA

Apabila ada orang yang kononnya pandai agama mengeluarkan kenyataan berupa hasutan, maka mereka akan kelihatan kebal, jika mereka tetap tinggal di bawah ketiak kerajaan, orang islam patut tegur Masitah dari membuat kenyataan  haram jadah dan kurang ajar kerana islam melarang perbuatan HASUTAN. Andainya orang islampun buat tidak tahu sahaja dengan kenyataan tersebut maka lebih baiklah orang islam itu keluar islam dan tetap tinggal sebagai orang yang beragama melayu sahaja - Pak Karamu

 

 

Mashitah Patut Ditahan & Disiasat Di Bawah Akta Hasutan


DAP buat laporan polis terhadap Mashitah

DAP membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita Umno Baling Datuk Mashitah Ibrahim berhubung kenyataannya yang masyarakat Cina didakwa membakar al-Quran semasa upacara sembahyang.

"Kami merasakan bahawa kenyataan ini tidak bertanggungjawab," kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.

Katanya, hanya terdapat satu kejadian itu dilaporkan di Kedah, tetapi Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir menjelaskan pada 24 November bahawa pelakunya adalah seorang lelaki Melayu yang mengalami sakit mental.

Menteri besar juga mendedahkan bahawa al-Quran tidak terbakar tetapi dikoyak.

Teo berkata Mashitah perlu disiasat di bawah Seksyen 298 (A) dan 505 Kanun Keseksaan.

Seksyen 298 (A) berhubung kesalahan yang boleh memudaratkan keadaan harmoni dan perpaduan, manakala Seksyen 505 mengenai kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Mashitah telah membuat kenyataan itu semasa perhimpunan agung Wanita Umno ketika menggesa ahli sayap itu mempertahankan Islam.

Teo berkata, walaupun jika laporan membakar Quran oleh masyarakat Cina itu benar, rakyat akan menentangnya dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Malah jika lelaki atau perempuan Cina atau bukan Islam yang membakar al-Quran, kita semua akan mengutuk perbuatan sedemikian," katanya.

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto mengiringi Teo membuat laporan di balai polis Tun HS Lee di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Setiausaha Politik penasihat DAP Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud dan ahli parti itu, Syefura Othman.

Bercakap kepada pemberita, Dyana berkata kenyataan Mashitah itu adalah "tidak wajar" dan boleh mencetuskan ketegangan kaum. -mk

ULASAN GB

Sepatutnya, Mashitah Ibrahim menjadi orang pertama yang perlu ditahan di bawah Akta Hasutan setelah ianya dikekalkan oleh Najib kerana mengeluarkan kenyataan yang benar-benar bersifat "menghasut".

Semua orang tahu bahawa kes bakar (koyak?) Al-Quran di Pulau Pinang itu adalah angkara seorang Melayu yang tidak siuman.

Tiba-tiba Mashitah menuduh ia dilakukan orang Cina di dalam upacara sembahyangnya.

Polis perlu adil dan saksama di dalam menjalankan siasatan dan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Mashitah. Jangan pilih kasih dan pilih bulu.


TIDAK DI KATAKAN SYARI'AH ISLAM SELAGI HUKUMAN BERUPA RM FULUS



Transgender: Kerajaan Negeri Sembilan kemuka rayuan


29/11/2014 11:21am

KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Sembilan akan mengemukakan rayuan terhadap dua aspek perundangan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengenai hukuman terhadap golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dua perkara itu ialah merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes itu, dan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 yang diputuskan sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Rayuan pada 7 November lepas membenarkan rayuan yang dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30; untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender dari segi perubatan.

"Jadi dua perkara yang kita akan merayu ialah mengenai keputusan hukuman itu dan jika tidak ditangani dengan baik, ia akan membawa satu keadaan yang akan terjadi sesuatu yang amat tidak baik kepada kesucian agama Islam di negara.

"Bagi Seksyen 66, kita akan pastikan ia tidak dibatalkan seperti mana yang diputuskan dalam penghakiman rayuan itu," kata Mohamad.

Menurut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, Seksyen 66: Lelaki berlagak seperti perempuan, menyatakan mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata kerajaan negeri sedang berbincang dengan peguam untuk meneliti fakta kes itu sebelum mengemukakan rayuan, yang dijangka difailkan sebelum 6 Dissember ini.

"Itu sebabnya kita berhati-hati dan perlu melihat dari segenap segi sebelum kita memfailkan rayuan. Kita mahu memfailkan satu kes yang kuat," katanya.

Mohamad berkata kerajaan negeri menghormati keputusan Mahkamah Rayuan namun berpendapat kes ini perlu didengar semula oleh Mahkamah Persekutuan. - Bernama


UMNO SELAIN PANDAI BERLAKON, PANDAI PULA MEMBODEK


ALAHAI, UMNO KAN KE PANDAI BERLAKON ?

Kritikan pada pemimpin buat dewan riuh

  • Grafik Sinar Online
1 / 1
KUALA LUMPUR – Bukan hanya menumpukan pada usul, tetapi inti pati ucapan perbahasan turut diselitkan dengan kritikan terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan dan parti.

Pembahas dari Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Said sempat menyindir beberapa pemimpin apabila dilihat tidak autentik (asli) dalam apa sahaja perkara.

“Ada pemimpin yang dilihat cuba berlakon di hadapan kamera. Ada yang menjadi, ada yang tidak. Datuk Azeez Rahim (Datuk Seri Abdul Azeez Rahim) misalnya, turun padang tolong angkat guni beras, orang tengok gambar… nampak ‘asli’, tak berlakon membantu rakyat.

“Tapi lepas tu, beliau hadir pada majlis Selawat Perdana, pakai jubah, kopiah… tak nampak asli… Nampak macam tak kena… ,” katanya yang disambut ketawa para perwakilan dalam dewan.

Tidak hanya itu, Mohd Zaidi turut menempelak pemimpin kerajaan yang turun ke Pulau Pinang yang dilihat begitu mesra dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Bukan hanya salam… berpeluk-peluk, begitu mesra dengan orang DAP itu, kalau boleh nak bercium, sedangkan akar umbi Umno Pulau Pinang kerja bermati-matian untuk parti.

“Tidak habis di program… mesranya dengan Guan Eng membawa hingga ke rumah,” katanya.

Jelasnya, pemimpin tidak perlu melakukan perkara sedemikian kerana, rakyat hari ini sudah bijak menilai.

“Jadilah seperti Presiden Indonesia, Jokowi (Joko Widodo), gayanya sederhana sahaja, pakaian pun biasa-biasa sahaja.. dia juga bukan siapa-siapa sebelum ini, tetapi kerana idea, semangat dan visinya, dia diterima rakyat seterusya diangkat menjadi presiden.

“Selepas jadi presiden, gaya dan penampilan masih sama, masih semangat perjuang nasib rakyat. Itulah contoh terbaik untuk dikuti. Ada sifat-sifat keaslian sebagai pemimpin” katanya.

oooo beba mung nih, RM 25 leh beli macang-macang

Apa boleh beli dengan RM25 seminggu?

  • Perwakilan Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar ketika membahaskan usul pada Perhimpunan Agung Umno Ke-68 yang memasuki hari kedua hari ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama Perwakilan Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar ketika membahaskan usul pada Perhimpunan Agung Umno Ke-68 yang memasuki hari kedua hari ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
1 / 1
KUALA LUMPUR - Isu mengenai kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat menjadi usul perbahasan yang dibawa oleh Perwakilan Terengganu Mohd Iskandar Jaafar.

Mohd Iskandar berkata, beliau sedih dengan nasib rakyat, kerana statistik yang digembar-gemburkan di media massa dan cetak mengenai kehidupan rakyat kini tidak mengambarkan kehidupan mereka yang sebenar.

"Kos sara hidup menjadi topik perbincangan rakyat saban hari.

"Mengikut fakta 78 peratus orang Melayu  berpendapatan gaji kurang daripada RM3,000 sebulan.

"Tempat saya harga getah teruk semalam RM1.70 sekilogram, seminggu menoreh dapat RM50 ada pula yang kena bahagi dua dapatlah RM25.

"Dapat RM25 seminggu apa yang mereka hendak makan, tiba-tiba keluar didada akhbar purata pendapatan rakyat RM5,900 sebulan, amboi...betulah dari segi statistik tetapi rakyat tanya itu pendapatan siapa?. Gaji saya pun tidak sampai begitu.

"Jadi saya mohon kepada menteri untuk buat sesuatu pengumuman itu tengoklah keadaan dahulu," katanya.

Mengulas lanjut Mohd Iskandar berkata beliau berharap hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 serta penjimatan subsidi hasil daripada pengenalan kaedah pengawalan harga minyak secara terapung dapat 'dikembalikan' kepada rakyat.

"Kita minta sungguh-sungguh hasil kutipan GST dan penjimatan subsidi hampir 30 bilion itu dapat dikembalikan kepada rakyat.

"Jangan kita buat projek besar-besar yang akhirnya rakyat tanya transformasi ekonomi yang kerajaan buat ini, apa faedahnya kepada kita, jangan sampai begitu," katanya.
Disember, status hudud Kelantan

  • Mohd Amar Nik Abdullah
1 / 1
KOTA BHARU - Perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan memasuki fasa terakhir apabila Jawatankuasa Teknikal Pusat akan mengadakan mesyuarat Disember ini untuk merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, mesyuarat kali ketiga itu juga turut memutuskan keperluan untuk meminda Akta 355 atau Perkara 76 (A) yang memerlukan satu rang undang-undang persendirian dibawa ke parlimen.

“Jika ia melibatkan Akta 355, kerajaan pusat yang akan melaksanakannya, saya dimaklumkan draf sudah sedia dan  sedang mencari masa yang sesuai (untuk dibentangkan) .

 “Sama ada perlaksanaan hukuman pada 2015 ini berlangsung penuh atau sebahagian bergantung kepada cadangan  jawatankuasa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Derma Beras, anjuran Rakan FB Kelantan di KB Mall semalam. Hadir sama, Pengerusi Rakan FB Kelantan, Lau Chit Fang.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Negeri berkata, di peringkat negeri, pihaknya sudah bersedia  dan mengadakan mesyuarat terakhir pada 24 November lalu yang  membuat rumusan untuk dibawa ke peringkat jawatankuasa pusat.

“Kita sudah adakan muzakarah melibatkan mufti, hakim syarie dan pakar perubatan. Rumusan akan dibentangkan dalam mesyuarat teknikal, bagaimanapun saya tidak boleh dedahkan rumusan itu tetapi kita sudah bersedia, malah pakar perubatan juga bagi pandangan yang baik.

“Kita mahu keputusan yang sama dengan pusat, mesti serentak. Biar mereka buat keputusan, ia bukan  keputusan politik, ini berdasarkan peraturan dan undang undang serta akademik,” katanya.

Beliau turut menegaskan melalui penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pusat, kerajaan persekutuan memainkan peranan bagi memastikan perlaksanaan hudud berjalan lancar.

“Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal  Pusat  ini sudah memasuki mesyuarat ketiga. Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah membawa rombongan ke Acheh dan Brunei  untuk melihat perlaksanaan hudud di negara tersebut, ini menunjukkan kita berada di atas landasan yang betul,” katanya.

UDAH BEKAS MB BARU NAK SIASAT

Ahmad Said sedia disiasat SPRM
  • Ahmad memotong reben sebagai simbolik perasmian penyerahan kunci dan surat tawaran rumah mampu milik di Padang Kubu, Kemaman, semalam. Ahmad memotong reben sebagai simbolik perasmian penyerahan kunci dan surat tawaran rumah mampu milik di Padang Kubu, Kemaman, semalam.
1 / 1
KEMAMAN – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menafikan beliau terlibat dengan penyerahan kawasan pajakan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun kepada Syarikat CAA Resources.

Ahmad, yang menjadi menteri besar dari 22 Mac 2008  hingga 12 Mei lalu, berkata, mana-mana pihak yang meraguinya boleh lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, polisi kerajaan negeri ketika di bawah pentadbirannya juga  meletakkan syarat syarikat yang akan membuka kilang besi di Terengganu sahaja yang diberi kelulusan untuk melombong.

“Contohnya, kita beri kepada Perwaja Steel Sdn Bhd seluas 240 hektar kawasan bijih di Bukit Besi kerana mereka telah mendirikan kilang dengan pelaburan sebanyak RM250 juta dan kini kilang itu telah 95 peratus siap.

“Kita juga luluskan kawasan bijih seluas 240 hektar di Bukit Besi itu kepada Eastern Steel Sdn Bhd di mana kilangnya ketika ini hampir siap sepenuhnya dan akan  beroperasi tidak lama lagi,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan kunci dan surat tawaran kumpulan pertama rumah mampu milik Padang Kubu, Kijal, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat CAA Resources, Li Yang berhubung penyerahan kawasan pajakan perlombongan bijih Besi di Bukit Besi, Dungun dalam sesebuah akhbar, baru-baru ini.

PR akan anjur demo tuntut harga RON95 RM1.90
  • minyak
1 / 1
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihak mereka akan menganjurkan demonstrasi sekiranya harga minyak RON95 tidak diturunkan kepada RM1.90 seliter menjelang 1 Disember 2014.
Menurut Pengerusi Gerakan Turun Harga Minyak, Dr Hatta Ramli, mekanisme menentukan harga petrol dan diesel secara apungan terkawal tanpa subsidi seperti yang diguna pakai sekarang adalah tidak adil kepada rakyat.

"Sementara rakyat terdedah kepada risiko turun naik harga minyak mentah dunia yang diterjemahkan menjadi harga petrol dan diesel yang lebih mahal, kerajaan pula menjamin bahawa kos dan keuntungan syarikat minyak yang menjual petrol dan diesel ditanggung oleh rakyat.

"Mengikut formula sekarang, kerajaan menjamin untuk menanggung kos operasi dan keuntungan syarikat minyak sebanyak 30 sen seliter bagi petrol RON95.

"Oleh yang demikian, PR menuntut supaya subsidi yang sama iaitu 30 sen setiap liter RON95 dan diesel diberikan kepada rakyat supaya berlaku adil kepada rakyat.

"Oleh itu jika harga minyak tidak turun juga, kita akan anjurkan demonstrasi pada 31 Disember ini,"  katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelas Hatta lagi, Pada jumlah penggunaan bahan api yang dianggarkan 14 bilion liter petrol dan 10 bilion liter diesel setahun , subsidi sebanyak 30 sen seliter ini hanya menelan belanja RM7.2 bilion setahun sahaja.

"Jumlah ini berpadanan dengan jaminan bayaran balik kos dan keuntungan yang diberikan kepada syarikat-syarikat minyak," katanya.

POLITIK MEMPERTAHANKAN JAWATAN

Najib perlu jawab kenapa mungkir janji

  • Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
1 / 1
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai mungkir janji apabila membuat keputusan untuk tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, alasan digunakan Najib untuk mengekalkan akta itu juga tidak berasas.

“Dia kena jawab. Perdana Menteri buat janji dan dimungkiri. Apa faktor yang menyebabkan beliau batalkan jaminan itu? Sekarang (Najib) gunakan alasan untuk menyelamatkan Melayu.

"Soal menyelamatkan Melayu ini soal penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, bukan soal undang-undang itu,” katanya pada Sinar Harian di lobi Parlimen, semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, kegagalan Najib mengotakan janjinya amat dikesali dan Anwar turut mendakwa Najib tunduk pada tekanan golongan berhaluan kanan yang mahu akta itu digunakan bagi mengekang kebebasan dan menekan pembangkang serta pihak lain.

“Apa yang dicadangkan (Najib semalam) bukan sahaja (Akta Hasutan) tidak dimansuhkan, tetapi diperketatkan pula atas alasan menjamin keselamatan negara dan Melayu,” katanya.

Menurut Anwar, perpecahan yang berlaku hari ini bukannya soal tekanan daripada masyarakat bukan Melayu, tetapi berpunca daripada kelemahan sistem pentadbiran negara.

Mengenai tindakan Najib mengumumkan perkara itu di Perhimpunan Agung Umno, beliau berkata, perkara itu sudah menjadi kebiasaan kepimpinan Umno menggunakan platform itu untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan.

UMNO TAK DOSA SEBAB IA BIKINAN ORANG SEKULAR

Umno sebagai parti tidak berdosa

  • Najib berucap pada Perhimpunan Agong Umno 2014 di PWTC, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM Najib berucap pada Perhimpunan Agong Umno 2014 di PWTC, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
1 / 1
KUALA LUMPUR - "Parti Umno tidak bersalah, parti Umno tidak berdosa. Sebaliknya, yang bersalah dan yang sering berdosa itu adalah diri kita," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelasnya menerusi ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno, kelalaian ahli Umno sendiri mempertahankan parti menyebabkan realiti politik Umno berubah.

"Benarlah cendekiawan menyebut, ‘for evil to triumph, good men do nothing’. Malah menurut para ilmuwan, kata-kata ini boleh disesuaikan dengan beberapa hadis antaranya oleh hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud.

"Maksudnya, sekalipun kita di pihak yang benar, tapi jik hanya duduk berdiam dan tidak melakukan apa-apa, musuh akan bermaharajalela dan makin menjadi-jadi," katanya.

Mengulas lanjut, ujar Perdana Menteri, natijahnya, ramai orang Melayu, Bumiputera, dan masyarakat Malaysia umumnya akan bersangka buruk dengan perjuangan murni parti.

"Orang-orang Umno tidak perlu apologetik, orang-orang Umno tidak perlu berasa segan silu jika ramai pihak yang cuba memperlekeh, mencemuh kononnya parti ini sudah tidak relevan lagi.

"Hakikatnya, jangan sesekali kita lupa, dalam perhimpunan-perhimpunan yang bersejarah seperti inilah kementerian-kementerian mengatur langkah strategik demi kepentingan Melayu dan Bumiputera, di perkumpulan sebeginilah institusi-institusi Melayu serta Bumiputera seperti UiTM dimartabatkan," katanya lagi.

Oleh itu beliau menyeru kepada seluruh pihak memainkan peranan masing-masing dalam meneruskan perjuangan agar matlamat parti dapat diteruskan pada masa hadapan.

CAMERON HIGHLANDS BANJIR LAGI!!!!!


Thursday, November 27, 2014

CAMERON HIGHLANDS DI LANDA BANJIR KILAT LAGI!!!!!

 
Cameron Highlands dilanda banjir kilat sebentar tadi apabila hujan turun dengan lebatnya selama lebih kurang 1 jam sahaja. 

 

Nampaknya sinonim banjir dengan Cameron Highlands sudah sebati abadi ... sedang terfikir apa pula alasan MB Pahang dan Ahli Parlimen Cameron Highlands merangkap Presiden MIC G. Palanivel kali ini ... 

 
Adakah pendatang tanpa izin akan dijadikan modal lagi sekali?


Omak Kau !!!

KEKADANG ORANG BERILMU LEBIH LEMBU DARI LEMBU

27/11/14

Dakwah artis: Aishah kecewa





KUALA LUMPUR: "Kami bukan cerita bidang hukum hakam, kami cerita pengalaman kami untuk dijadikan iktibar," demikian luah bekas penyanyi 'Janji Manismu' Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah.

Beliau yang kini sebagai Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan & Rekreasi Muslimat PAS Pusat mengakui malu untuk menceritakan kejahilan di masa lepas namun sekiranya perjalanan hidup itu menjadi insipirasi menuju kepada kebesaran Allah ia harus disampaikan.

Tambahnya, artis mempunyai peminatnya tersendiri dan mungkin ada sesetengah mereka tidak mempeduli kata-kata dan nasihat ustazah.

"Jangan kecam niat baik kami, sama-samalah didik kami. Dakwah tanggungjawab kita bersama," katanya sebagaimana dipetik di laman Facebooknya.

Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kecewa apabila ada mereka yang berilmu agama tinggi pula menyelar kegiatan dakwah artis-artis yang berhijrah ini.

Semalam, perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dengan lantang mempertikaikan kewujudan artis yang berhijrah menjadi ustaz dan ustazah ekspres terutama yang berada dalam PAS.

"Seperti penyanyi dan rokers menjadi ustaz, artis pakai tudung dipanggil ustazah. Kewujudan ramai ustaz ekspres dan ustazah jadian yang asal pelakon penyanyi dan rokers masuk PAS, celaru keadaan," kata Mashitah ketika berucap pada persidangan Wanita Umno. -

MAK EH BANYAKNYA DUIT, BETUL KE BOHONG ?

Thursday, November 27, 2014

Anifah Dakwa Kawan Anwar Ibrahin Tawar Dia RM100 Juta Untuk Tumbankan BN?


Anifah Aman hari ini mendedahkan, seorang ahli perniagaan yang berkait rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan RM100 juta kepadanya bagi membawa 10 ahli Parlimen dari Sabah menyertai Pakatan Rakyat dan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada 2008.

Wow!! RM100 Juta bahagi 10 dapatlah seorang RM10 Juta.. itu tak tolak komisyen kepada yang jadi kepala lagi tu.. kalau tolak komisyen mngkin dapatlah seorang RM7 Juta..

Kepala dapat RM10 Juta + (RM3 Juta x 9) = RM37 Juta... tapi Anifah kata beliau terasa "murah" apabila tawaran itu diajukan..

Ohh... tak cukuplah tu.. kalau kawan Anwar tu offer RM100 Juta kepada dia sorang dan yang lain-lain tu RM5 Juta.. mungkin dah lain jadinya kot?

RM100 Juta?.. Ada ke korporat yang sanggup menghabiskan sebegitu banyak duit dia kerana Anwar Ibrahim?

Laporan berkaitan..

Datuk Seri Anifah Aman hari ini mendedahkan, seorang ahli perniagaan yang berkait rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan RM100 juta kepadanya bagi membawa 10 ahli Parlimen dari Sabah menyertai Pakatan Rakyat (PR) dan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Menteri luar itu berkata, beliau terasa "murah" apabila tawaran itu diajukan bekas timbalan pengerusi eksekutif KFC Datuk Ishak Ismail pada satu pertemuan di Hilton Central, Kuala Lumpur.



Ahli Parlimen Kimanis itu bagaimanapun tidak dapat mengingati tahun atau bulan kejadian itu berlaku.

"Saya beri amaran kepada Ishak, jangan sekali-kali ulang tawaran itu kepada saya. Saya marah kerana tawaran itu dibuat kepada seorang ahli Parlimen yang sudah tiga penggal berkhidmat," katanya semasa disoal balas peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Anifah berkata beliau pergi ke hotel itu untuk menghisap cerut dengan dua lagi ahli Parlimen Sabah, termasuk Datuk Ronald Kiandee yang kini merupakan timbalan speaker Dewan Rakyat.

"Ishak mendekati saya dan membuat tawaran itu. Saya terkejut kerana saya sudah komited terus bersama BN demi kepentingan negeri Sabah," katanya memberi keterangan dalam kes dakwaan fitnah ketua pembangkang terhadapnya pada Mei 2009.

Anifah didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah mengenai Anwar pada satu sidang berita di Washington bersama bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton.

Beliau memberitahu wartawan yang Anwar menawarkannya jawatan timbalan perdana menteri sekiranya beliau membawa ahli Parlimen dari negeri itu bagi menumbangkan kerajaan BN yang memenangi 140 kerusi dalam pilihan raya umum 2008.

Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar mendakwa kenyataan Anifah itu tidak berasas dan cuai serta mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Anifah berkata, Ishak sebelum ini ada menemuinya untuk mendapatkan ahli Parlimen melompat parti ke PR untuk menawan Putrajaya tetapi beliau menolak.

“Pada hari itu tidak terduga dia mendekati saya di hotel ketika saya di situ menghisat cerut,” katanya.

Terdahulu, ketika disoal oleh Shafee, Anifah berkata Anwar ada bercakap dengannya mengenai perkara sama menerusi telefon bimbit seorang lagi ahli perniagaan, Tony Bun, sejurus beliau mendarat di Lapangan Terbang Tambang Murah di Sepang.

Anifah berkata beliau baru tiba dari Macau.

“Bun kemudian beritahu saya Anwar mahu bercakap dengan saya kerana saya ada pengaruh ke atas beberapa ahli Parlimen dari Umno, Parti Bersatu Sabah dan Parti Progresif Sabah,” katanya.

Anifah, yang juga timbalan menteri dari 1999 hingga 2008 berkata, beliau menolak jawatan yang sama daripada perdana menteri pada masa itu Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas tamat pilihan raya umum.

“Saya kritikal terhadap pelantikan Kabinet kerana Sabah tidak diberi keutamaan. Malah, seorang pemimpin daripada Umno Selangor dilantik senator dan menteri,” katanya.

Anifah berkata, sebelum ini beliau ada berkata tidak mengapa lompat parti jika wujud ketidakadilan dalam pengagihan jawatan.

“Bagaimanapun, saya ada menyatakan saya tidak akan melompat parti,” katanya.

Anifah dilantik sebagai menteri luar selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kepimpinan daripada Abdullah pada April 2009.

Katanya, Anwar memikatnya kerana umum tahu beliau ada pengaruh kepada lebih 10 ahli Parlimen dari Sabah dan mereka akan mengikutnya walau apa pun beliau buat.

Anifah berkata hingga ke hari ini Anwar masih menaruh harapan untuk jadi perdana menteri tetapi tidak mempunyai jumlah politik yang cukup.

“Untuk mengubah kerajaan dia perlu ada majoriti mudah. Saya adalah sasarannya untuk mencapai cita-citanya,” katanya.

Pada 2008, PR memperolehi 82 kerusi dalam Dewan Rakyat sementara BN ada 140 kerusi.

Anwar dikatakan mendekati 30 ahli Parlimen BN untuk menjayakan rancangan 16 September (2008) dan menawab kerajaan persekutuan BN

. Ketika disoal balas peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Anwar, Anifah berkata kenyataan fitnah yang didawaka itu tidak sepatutnya dirahsiakan.

“Ia memang eksklusif untuk hadirin pada sidang media itu,” kata Anifah, menambah tidak ingat sama ada beliau ada beritahu wartawan jangan menyiarkan kenyataan itu atau tidak.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S Hassan Badjenid bersambung lapor The Malaysian Insider

Najib Rasmi PAU2014, Sentuh Akta Hasutan


13 MAY SEBAGAI MODAL SOLIDARITI ?

Video 13 Mei sedarkan pentingnya solidariti

  • Grafik Sinar Online Grafik Sinar Online
1 / 1
KUALA LUMPUR - Sedutan video Peristiwa 13 Mei, titik hitam dalam sejarah negara yang ditayangkan ketika ucapan dasar presiden Umno, meruntun jiwa seluruh perwakilan Perhimpunan Agung Umno 2014.

Ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang turut disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen negara, pastinya mengimbas kembali memori pahit seluruh rakyat Malaysia.

Beberapa golongan veteran ketika ditemui di sini turut melahirkan rasa sedih dan yakin seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia ini, pastinya tidak mahu peristiwa hitam itu berulang.

Osman Khamis, 62, dari Ledang, Johor berkata, beliau berasa sedih apabila menonton tayangan video itu dan berharap ia akan membuka mata serta menyedarkan masyarakat terutama anggota Umno tentang kepentingan bersatu padu.

"Ia satu peristiwa yang sesiapa pun, apa kaum pun, tak mahu ulangi, walaupun tayangan itu sekejap sahaja. Pakcik harap ia beri kesedaran pada semua, jangan kita bergaduh dan berbalah," katanya.

Video bertemakan 'Solidariti Melayu dan Bumiputera, Solidariti Umno, Solidariti Malaysia', bukan sahaja membuatkan para perwakilan sebak, malah orang awam yang menyaksikan siaran itu di luar dewan, turut sebak dan mengalir air mata.

Jaharah Saudin, 69, dari Bukit Sireh, Melaka pula berkata, peristiwa 13 Mei masih segar dalam ingatannya yang ketika itu berusia 24 tahun.

"Tengok video tu makcik terus teringat, masa tu mereka isytihar kawasan hitam, semua orang takut, lagi-lagi makcik masih muda.

"Anak muda sekarang tolonglah hargai perjuangan orang lama, susahnya untuk hidup aman macam sekarang," katanya yang hadir ditemani suami. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.