Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALAHAI, UMNO KAN KE PANDAI BERLAKON ?

Kritikan pada pemimpin buat dewan riuh

  • Grafik Sinar Online
1 / 1
KUALA LUMPUR – Bukan hanya menumpukan pada usul, tetapi inti pati ucapan perbahasan turut diselitkan dengan kritikan terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan dan parti.

Pembahas dari Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Said sempat menyindir beberapa pemimpin apabila dilihat tidak autentik (asli) dalam apa sahaja perkara.

“Ada pemimpin yang dilihat cuba berlakon di hadapan kamera. Ada yang menjadi, ada yang tidak. Datuk Azeez Rahim (Datuk Seri Abdul Azeez Rahim) misalnya, turun padang tolong angkat guni beras, orang tengok gambar… nampak ‘asli’, tak berlakon membantu rakyat.

“Tapi lepas tu, beliau hadir pada majlis Selawat Perdana, pakai jubah, kopiah… tak nampak asli… Nampak macam tak kena… ,” katanya yang disambut ketawa para perwakilan dalam dewan.

Tidak hanya itu, Mohd Zaidi turut menempelak pemimpin kerajaan yang turun ke Pulau Pinang yang dilihat begitu mesra dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Bukan hanya salam… berpeluk-peluk, begitu mesra dengan orang DAP itu, kalau boleh nak bercium, sedangkan akar umbi Umno Pulau Pinang kerja bermati-matian untuk parti.

“Tidak habis di program… mesranya dengan Guan Eng membawa hingga ke rumah,” katanya.

Jelasnya, pemimpin tidak perlu melakukan perkara sedemikian kerana, rakyat hari ini sudah bijak menilai.

“Jadilah seperti Presiden Indonesia, Jokowi (Joko Widodo), gayanya sederhana sahaja, pakaian pun biasa-biasa sahaja.. dia juga bukan siapa-siapa sebelum ini, tetapi kerana idea, semangat dan visinya, dia diterima rakyat seterusya diangkat menjadi presiden.

“Selepas jadi presiden, gaya dan penampilan masih sama, masih semangat perjuang nasib rakyat. Itulah contoh terbaik untuk dikuti. Ada sifat-sifat keaslian sebagai pemimpin” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.