Wednesday, November 26, 2014
Berita Mengejutkan Dari Perhimpunan Agung Umno.. Wajib Baca!!
Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan memberikan ucapan yang
diterima baik ketika berucap kepada tiga sayap Umno semalam, namun
penganalisis berpendapat ia bertentangan dengan kehendak beliau agar
ahli Umno lebih berani, bijak dan berdaya saing.
Para penganalis yang bercakap dengan The Malaysian Insider juga berkata,
pemimpin nombor dua parti itu menggunakan retorik yang tidak sesuai
sebagai seorang timbalan perdana menteri apabila berkata liberalisma dan
sekularisma pengancam kepada keyakinan Umno selama ini, tema yang bakal
menjadi fokus menjelang Perhimpunan Agung Umno hujung minggu ini.
Dengan mendakwa majoriti orang Melayu lemah dari segi ekonomi, Muhyiddin
pada asasnya mengaku Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal, tambah mereka.
Muhyiddin juga mahu ahlinya lebih berani mempersoalkan pemimpin mereka,
tetapi beliau tidak memanjangkan saranan itu kepada orang ramai.
Ini kerana Muhyiddin percaya kepada Akta Hasutan, yang digunakan
terhadap pengkritik kerajaan, perlu dikekalkan dengan sedikit
penambahbaikan.
Ini menyebabkan penganalisis politik Dr Wong Chin Huat mempersoalkan
apakah yang Muhyiddin mahukan ketika berkata "jujurlah dengan pemimpin
kamu".
"Jika anda bukan bankrup dari segi intelek, mengapa takut dengan kebebasan bersuara?" kata Wong dari Intitut Pulau Pinang.
"Ada satu peribahasa Melayu, berani kerana benar. Ini menunjukkan Melayu
tidak takut berdebat dan kebebasan menyampaikan idea. Mereka menerima
kebenaran dan bukan takut kepadanya.
"Akta Hasutan mengkhianati idea orang Melayu yang hebat ini yang yakin dengan kebenaran."
Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata orang muda kini mahukan pemimpin Umno
yang jujur, terbuka, tidak korup dan tidak takut untuk bercakap benar
bagi pihak masyarakatnya.
Wong juga berkata, ujian sebenar adalah apakah Muhyiddin benar-benar
mahu ahli Umno melakukan perkara itu. Apakah beliau akan membenarkan
mereka bercakap tentang kegagalan DEB atau skandal yang melanda
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Seorang lagi penganalisis Wan Saiful Wan Jan menunjukkan percanggahan
hasrat Muhyiddin iaitu antara cita-cita Umno mahu menawan semula
pengundi bandar, tetapi dalam masa yang sama mahu mengekalkan Akta Hasutan.
"Pengundi bandar mahu kebebasan bersuara dan mempersoalkan apa yang mereka lihat sebagai tidak betul.
"Mengekalkan Akta Hasutan akan bercanggah dengan matlamat ini," kata Wan Saiful yang mengetuai Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).
Kebebasan bersuara termasuk dapat mempersoalkan sama ada DEB benar-benar
mencapai matlamatnya dan sama ada tindakan afirmatif berasaskan kaum
masih diperlukan, kata Wan Saiful.
Malangnya, Muhyiddin memilih untuk mencampurkan kebebasan mempersoalkan
dasar kerajaan dengan liberalisme, yang katanya adalah satu ancaman
kepada kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam.
"Adalah tidak wajar mengatakan liberalisme menyebabkan orang mempersoalkan kedudukan agama Islam atau orang Melayu.
"Apa yang dipersoalkan adalah sama ada kita perlu meneruskan polisi di
mana sesetengah pihak dilindungi sementara yang lain tidak."
Wong dari Institut Pulau Pinang berkata, ucapan Muhyiddin menekankan
bagaimana Umno mengalami krisis legitimasi dalam kegagalannya untuk
betul-betul melaksanakan DEB.
Untuk mengelak dari menyalahkan dirinya sendiri, sekali lagi bukan Melayu dijadikan kambing hitam.
Muhyiddin menyenaraikan banyak sasaran DEB yang tidak tercapai seperti
30% ekuiti swasta untuk Bumiputera dan hakikat pendapatan purata mereka
adalah lebih rendah berbanding dengan kaum Cina dan India.
Muhyiddin kemudian mencadangkan agenda ekonomi Bumiputera baru untuk
menangani masalah-masalah ini, dengan mengatakan ia harus menjadi agenda
nasional.
"Tidak kira bagaimana Umno cuba menyalahkan bukan Melayu, mereka masih
perlu menjawab soal kegagalan DEB. Mengapa ia gagal mengangkat orang
Melayu secukupnya selepas lebih daripada empat dekad?
"Adakah kerja lebih Bumiputeraisme untuk membantu orang Melayu atau kita
perlu dasar alternatif untuk memastikan orang Melayu biasa yang
memerlukan bantuan dan bukannya Umnoputera?"
Muhyiddin bagaimanapun menimbulkan beberapa perkara penting, kata Wan
Saiful, seperti keperluan menangani ketidaksamaan di kalangan masyarakat
dan anggota dalam masyarakat yang sama.
"Satu lagi perkara yang baik adalah tentang perkauman. Bagaimana apabila Umno
bercakap tentang hak Melayu ia dilihat sebagai perkauman tetapi apabila
orang lain bercakap tentang hak-hak komuniti mereka sendiri ia dilihat
sebagai hak minoriti.
"Ia satu saranan kepada rakyat Malaysia untuk menilai bagaimana cara
mereka bercakap tentang perkauman. Jika anda benar-benar mahu
menghapuskan kepentingan etnik maka kita perlu melakukannya secara
menyeluruh," kata Wan Saiful.
Secara keseluruhan, Wan Saiful berkata pemikiran Muhyiddin mengenai ekonomi, kebebasan peribadi dan Akta Hasutan tidak sama dengan bos beliau sendiri, Datuk Seri Najib Razak.
Ini kerana Najib berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan dan membasmi
ketidaksamaan pendapatan sebagai pusat kepada rancangannya untuk
mengubah ekonomi.
"Adalah mengejutkan untuk melihat timbalan perdana menteri yang bercakap dengan bahasa yang berbeza daripada perdana menteri."
1 orang berkata:
gucci sito ufficiale
new balance outlet
ugg outlet
adidas nmd
nike blazer low
cheap ray ban sunglasses
coach outlet
snapbacks wholesale
true religion outlet
ferragamo shoes
Post a Comment