Orang Malaysia bukan sensitif agama, tetapi budaya
SHAH ALAM - Sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini
bukannya terhadap isu agama sebaliknya ia lebih cenderung kepada
sensitiviti budaya.
Pengasas dan Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong mendakwa orang Islam juga lebih sensitif apabila penganutnya memegang haiwan (anjing) berbanding memegang bukan mahram.
"Kita bukan sensitif agama tetapi sensitif budaya.
"Masyarakat bukan Islam di Malaysia bukan masyarakat yang tidak mengkaji, bila suruh jawab (isu agama), orang bukan Islam pula akan dihalau," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-33 dengan tajuk 'Cabaran dakwah di Malaysia' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini.
Mengulas lanjut, Firdaus berkata, umat Islam perlu berdepan dengan isu agama dengan telus tanpa menafikan realiti sebenar.
Beliau berkata lagi, dalam isu sentuh anjing yang dianjurkan oleh seorang Islam baru-baru ini, umat Islam negara ini hanya menghukum tindakannya itu dengan kekerasan tanpa hikmah.
"Bagi masyarakat bukan Islam atau Cina, mereka ada ideologi, anjing adalah kawan baik, sebab ia haiwan yang sangat setia.
"Anjing tanda setia kawan. Penganjur 'I want to touch a dog' pernah berjumpa dan jemput saya, saya setuju beri kesedaran bahawa orang Islam tidak benci anjing," ujarnya.
Bagaimanapun beliau kesal apabila kajian yang dilakukan baru-baru ini mendapati hampir 90 peratus bukan Islam dan Cina mengatakan bahawa orang Islam tidak pernah menemui mereka untuk menerangkan Islam.

1 orang berkata:
Màlaikat rahmat x masuk dlm rumah yg ada bela anjing.
Post a Comment