MCA jangan 'kambing hitamkan' Umno
KUALA LUMPUR - Tindakan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk
Seri Ti Lian Ker menggesa perwakilan Umno berhati-hati ketika berbahas
pada Perhimpunan Agung Umno kali ini disifatkan sebagai satu tindakan
lucu dan menyibuk.
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan ahli politik MCA itu tidak wajar kerana Umno sama sekali tidak pernah mencampuri urusan Perhimpunan Agung parti itu.
"Setiap pemimpin dan ahli-ahli Umno tahu apa yang mereka perlu buat untuk memperkukuhkan parti.
"Tidak perlu ditunjuk dan diajar oleh mana-mana parti komponen lain. Jangan jadi seperti ketam mengajar anak, perjuangan sendiri pun bermasalah tetapi mahu mengajar orang lain pula," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Dakwa Syed Ali lagi, MCA jangan merasa terlalu hebat, sebaliknya perlu sedar dan cermin diri sendiri.
"Kekalahan teruk BN di dalam dua siri PRU lalu bukan berpunca dari Umno, sebaliknya berpunca daripada penolakan sepenuhnya orang Cina terhadap MCA kerana mempunyai pemimpin yang lemah.
"Umno tiada masalah, bahkan Umno berjaya mengembalikan sokongan padu orang Melayu terhadap BN.
"Umno telah berjaya menjadi benteng kukuh untuk memastikan survival BN terus bertahan. Adalah tidak bertanggungjawab sekiranya MCA menyalahkan Umno kerana mereka gagal meraih sokongan kaum Cina," katanya.
Dalam perkembangan yang sama Syed Ali mengingatkan MCA supaya jangan sesekali menjadikan UMNO sebagai “kambing hitam” demi menutup kelemahan sendiri.
"MCA perlu bermuhasabah dan mencari punca sebenar mengapa mereka berterusan ditolak oleh bangsa Cina. Jangan jadi parti yang bodoh sombong," katanya.

2 orang berkata:
Kebiadan cina sudah merebak kedalam BN pula.
Dalam PR ada Dap dibantu oleh cina dalam Pkr. Dalam Bn ada mca dengan gerakan menjadi hantu.
Adakah ini merupakan agenda cina ,? Setelah merasakan both PR dan BN memerlukan mereka?
Dalam PR, dap telah mula cuba untok diktate Pas. Siapa yang harus jadi presiden Pas.
Dlm bn pula, mca cuba mengajar UMNO, apa yang boleh dibincang dan apa yang tak boleh.
Tak sedar lagi melayu? Sampai bila nak tidor? Tunggu sehingga langit runtoh?
Mereka makin besar kepala kerana TERLAMPAU diberi muka. Kerusi menteri sanggup diPERSEMBAH untuk mereka walau pun kalah dan sudah tak layak diberi. UMNO ingat jika mereka menang besar, boleh ke mereka beri keistimewaan bgitu?, sistem kouta akan mereka gunakan untuk hapuskan menteri Melayu. Melayu kena sedar diri, sanggup gadai negara semata2 nak pegang kuasa yg entah berapa hari lagi bakal diusir dari bumi sendiri.
Post a Comment