27/11/14
Dakwah artis: Aishah kecewa
KUALA LUMPUR: "Kami bukan cerita bidang
hukum hakam, kami cerita pengalaman kami untuk dijadikan iktibar,"
demikian luah bekas penyanyi 'Janji Manismu' Wan Aishah Wan Ariffin atau
lebih dikenali sebagai Aishah.
Beliau yang kini sebagai Pengerusi
Lajnah Kesenian, Kebudayaan & Rekreasi Muslimat PAS Pusat mengakui
malu untuk menceritakan kejahilan di masa lepas namun sekiranya
perjalanan hidup itu menjadi insipirasi menuju kepada kebesaran Allah ia
harus disampaikan.
Tambahnya, artis mempunyai peminatnya
tersendiri dan mungkin ada sesetengah mereka tidak mempeduli kata-kata
dan nasihat ustazah.
"Jangan kecam niat baik kami,
sama-samalah didik kami. Dakwah tanggungjawab kita bersama," katanya
sebagaimana dipetik di laman Facebooknya.
Bagaimanapun beliau melahirkan rasa
kecewa apabila ada mereka yang berilmu agama tinggi pula menyelar
kegiatan dakwah artis-artis yang berhijrah ini.
Semalam, perwakilan Wanita Umno Kedah,
Datuk Dr Mashitah Ibrahim dengan lantang mempertikaikan kewujudan artis
yang berhijrah menjadi ustaz dan ustazah ekspres terutama yang berada
dalam PAS.
"Seperti penyanyi dan rokers menjadi
ustaz, artis pakai tudung dipanggil ustazah. Kewujudan ramai ustaz
ekspres dan ustazah jadian yang asal pelakon penyanyi dan rokers masuk
PAS, celaru keadaan," kata Mashitah ketika berucap pada persidangan
Wanita Umno. -
6 orang berkata:
Masyitah ada phd tak?
Dengan jiran dia bole saman ...
Masyitah pakai pun seksi...dok tipu wanita umno baling ja....dia tu ustzh mata duitan jgn layan sgt cakap dia. Kat baling org x pandang dah masyitah ni....teruskan dakwah kejalan allah jgn kecewa dgn kecaman dr golongan fasiq.
Kerana harta dunia, jadi muka tak malu. Dakwah kat orang lain bukan main lagi. Dlm masa yg sama menghina dan mengutuk org, sedangkan artis2 yg dicaci tu tak pernah mengaku mereka ustaz/ustazah. Awak yg pandai2 bagi ejekan dgn gelaran terebut. Kamu ni kan tau dosa pahla.
Dua2 tk bleh pkai mshitah ka artis expres ka 2 x 5.
..jgn kisah sgt la apa dia ckp..org bgini akn buat apa sja utk cari duit..kesiannnn hamba duit dan pngkat..nauzubillahi min zaalik
Post a Comment