Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERKINI


Polis tahan anggota Rela berhubung kes tembak seorang lelaki


20/11/2014 7:42pm

KOTA BHARU - Polis menahan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) kerana disyaki melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki yang dipercayai cuba mencuri lembu di Gua Musang, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 48 tahun itu kini direman empat hari untuk siasatan lanjut.

"Saya nasihat kepada semua untuk berhati-hati menggunakan senjata api kerana ia melibatkan nyawa, memang kita diberi hak untuk mempertahankan diri," katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Tiong di sini, hari ini.

Semalam, seorang lelaki dipercayai cuba mencuri lembu di sebuah ladang sawit di Sungai Terah, Gua Musang maut dipercayai ditembak pemilik lembu berkenaan yang juga anggota Rela di ladang itu.

Dalam kejadian pada 6.05 pagi itu, pemilik lembu terbabit, mengejar dua lelaki yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero dalam ladang sawit berkenaan. - Bernama

 

 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.