Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mangsa Banjir Meningkat Kepada 2,312 Orang Di 18 Pusat Pemindahan

Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 2,312 orang sehingga jam 10 pagi ini. Hujan yang masih berterusan dan berhenti sekejap-sekejap menyebabkan jumlah mangsa banjir meningkat dan 18 pusat pemindahan telah dibuka.

Kesemua mangsa daripada 589 keluarga ditempatkan di 18 pusat pemindahan di empat daerah, iaitu Kuala Terengganu, Marang , Hulu Terengganu dan Setiu.

Kuala Terengganu masih merekodkan jumlah tertinggi  mangsa yang dipindahkan sejak tiga hari lalu, iaitu 1,575 orang daripada 407 keluarga.

Mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Tok Nasek (lapan daripada tiga keluarga), Dewan Sivik Gong Badak (110 orang daripada 27 keluarga), SK Chendering (54 orang daripada 13 keluarga) dan SK Kompleks Gong Badak (833 orang daripada 215 keluarga).

Pusat pemindahan banjir lain di Kuala Terengganu adalah di SK Tok Jiring (92 orang- 17 keluarga) SK Tok Jembal (348 orang-98 keluarga), SK Bukit Petiti ( 27 orang- lima keluarga), SK Tanjung Gelam (66 orang-18 keluarga) , SK Bukit Nenas (26 orang-lapan keluarga) dan SK Teluk Ketapang  (11 orang- tiga keluarga).

Sementara di Marang pula 642 mangsa daripada 154 keluarga dipindahkan di dua pusat penempatan banjir, masing-masing SK Rusila 225 orang (58 keluarga) dan SMK Seri Payong  417 orang (96 keluarga).

Di Hulu  Terengganu, 12 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di Balai Raya Bukit Kolam, Bangunan Umno Kampung Kemat ( 23 orang, tiga keluarga) dan Surau Cenerong Lebam (enam mangsa,satu keluarga)

Setiu 54 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan di Balai Raya Kampung Sungai Lerek (12 orang), Surau Kampung Sungai Pinang (36 orang) dan Balai Raya Rhu Tapai (enam orang). - teganukita.my

1 orang berkata:

mosabit said...

banjir ni berlaku mesti di sebabkan silap anwar ibrahim...kerana memulakan langkah kajang...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.