Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MACAM TAK CAYA LA PULAAAK !

Sunday, November 23, 2014

Apa Dah Jadi?..MB Pahang saman Utusan RM15 juta

MB Pahang saman Utusan RM15 juta


Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia berhubung tulisan “Hebat Sangatkah Adnan?’ yang disiarkan pada 9 November lalu.

Utusan menerima surat 18 November daripada syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman sebanyak RM15 juta, lapor akbar Umno itu.

Utusan tidak akan mengeluarkan sebarang komen mengenai saman tersebut memandangkan ia bakal menjadi kes mahkamah.

Perkara itu dinyatakan oleh Awang Selamat, yang dianggap sebagai suara Utusan, dalam kolumnya hari ini.

Awang Selamat sebelum ini, tanpa menafikan peranan dan kerja keras Adnan, berkata ramai berpendapat BN di Pahang boleh menang lebih besar jika beliau umumkan berundur selepas PRU-13.

Menurut kolumnis itu, Utusan sebelum ini menerbitkan laporan khas tentang kebanjiran 30,000 warga asing terutama Bangladesh di Cameron Highlands.

Adnan kemudian dikatakan berang dan mengaitkannya dengan agenda media untuk menjatuhkan pemimpin selain mahu melariskan akhbar bagi mengelakkan syarikat akhbar rugi dan tutup.-Mkini.
 

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.