ADUN BN tolak peruntukan DUN
25/11/2014 1:29pm
SHAH ALAM - Kesemua 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini sebulat suara menolak peruntukan tahunan RM200,000 kepada kawasan diwakili mereka yang dicadangkan kerajaan negeri dalam pembentangan Bajet 2015 semalam.
Ketua Pembangkang, Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berkata, keputusan itu dibuat atas prinsip keadilan.
"Kalau benar ikhlas hendak bagi (peruntukan), biarlah adil, kenapa ADUN BN dapat RM200,000 sedangkan ADUN pakatan pembangkang dapat RM700,000.
"Tambah kami merasa terhina, penyelaras DUN yang dilantik kerajaan negeri di kawasan kami wakili menerima peruntukan tahunan RM500,000, jauh lebih tinggi daripada kami yang menerima mandat dari rakyat," katanya ketika membahaskan Bajet 2015 di Persidangan DUN Selangor di sini hari ini. - KOSMO!
6 orang berkata:
Mujur juga cepat sedar, bagaimana pula dg kereta resmi dll tu, tolak juga ke?
Sokong adun BN jgn terima peruntukan sbb tak adil.
Kerajaan BN tak buat kerja zalim mcm tu. Tengok Kelantan, lebuhraya hebat, royalti minyak dibayar secukupnya, semua agihan yg baik oleh pemerintah BN.
Umno BN ni memang jenis buta hati. Cuba bagi tahu berapa sen Adun dan MP pembangkang terima sebagai peruntukan di negeri2 perintshan BN???
Macai bn menipu diri sendiri.. Dari cerita yg benar.. X apa la,asal bahagia sudah. Tuhan saja yg tahu. Lebih sesuai padang x sama rata.. Cakap lain buat lain,menipu lebih baik dari mengakuinya.. memperbodohkan diri sampai akhirnya.
Betul..betul...betul..
kata upin dan ipin...
kan dah masuk perangkap Azmi. .
tu pun PM tak sedar lagi...
Masuk perangkap Azmin dah....
bijak...bijak. ..
Makan sop tukang la lepas ni..
Post a Comment