Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Red indianlah bagus, tak banyak pakai pakaian

Sunday, November 23, 2014

Kalau PAS dan UMNO tak bekerjasama nasib Melayu akan jadi macam 'Red Indian'?


Baru bangun dari tidur agaknya Bekas Ketua Hakim ni.. tiba-tiba dia bersuara kononnya Melayu akan jadi Red Indian jika PAS dan UMNO tak bersatu..

Sudah lebih dari 57 tahun UMNO yang mendominasi pentadbiran negara dan dalam masa inilah kita nampak yang makin terpinggir dan merempat ditanah air sendiri ialah orang-orang Melayu sendiri dari Utara hingga Selatan Semenanjung.

Puncanya tanah mereka di kampung terpaksa dijual atas nama pembangunan.. suka tak suka dipaksa berkorban kerana memberi laluan kepada pembangunan.

Malangnya setelah tanah milik mereka terjual perumahan yang dibangunkan pula hanya mampu dilihat oleh kebanyakkan Melayu.

Harganya mahal tapi Kerajaan yang dikuasai UMNO kata mereka tak boleh mengawal harga rumah sedangkan dalam masa yang sama mereka menguasai kebanyakkan PBT dalam negeri-negeri yang ada di Semenanjung.

Maka dengan itu berhijrahlah Melayu yang ada jauh dari kota atau bandar.. itupun kalau masih mampu untuk membeli tanah atau rumah dengan wang hasil jalan tanah yang terkorban demi pembangunan itu..

Kenapa tak dipilih hutan belantara yang ada untuk dibangunkan selain dari mengorbankan Kampung-kampung Melayu?

Yang menoreh getah pula mengadu hidup mereka perit kebelakangan ini disebabkan harga getah jatuh dan musim hujan pula.. tapi ada pemimpin-pemimpin UMNO peduli nasib Melayu-melayu itu?

Tiba-tiba hari ni bekas Ketua Hakim ni kata kalau PAS dan UMNO tak bersatu Melayu akan menjadi seperti 'Red Indian'?

Laporan berkaitan..

Orang Melayu berisiko menjadi "Red Indian" di tanah air mereka sendiri jika PAS dan Umno tidak bekerjasama mempertahankan kerajaan daripada DAP dan PKR, bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad memberi amaran hari ini.

Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, PKR dan PAS tidak akan dapat "mengawal" DAP seperti cara Umno "mengawal cita-cita MCA dan Gerakan".

"Orang Melayu akan menjadi Red Indian di tanah mereka sendiri. Percayalah, ancaman terhadap orang Melayu tidak pernah seserius ini sepanjang sejarah kaum ini.

"Sekarang kita berpecah dan digunakan. PAS dan Umno mesti berfikir untuk berkolaborasi, bersatu atau bekerjasama sekurang-kurangnya di peringkat persekutuan demi mempertahankan kerajaan daripada jatuh kepada DAP dan PKR," kata Hamid dalam ucapannya pada Konvensyen Perpaduan Negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur hari ini .

Konvensyen itu dianjurkan gabungan 58 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang bersedia membahaskan satu draf Memorandum Perpaduan Negara.

Hamid berkata, PAS perlu kenang semula perjuangan asalnya, iaitu bagi melindungi orang Melayu dan Islam, sambil berkata, bekerjasama dengan DAP dan PKR hanya menafikan tujuan asal penubuhannya.

"DAP tak boleh diharap... mereka lebih chauvinistik daripada MCA dan Gerakan. PAS dan PKR tak boleh kawal cita-cita DAP seperti mana Umno mengawal cita-cita MCA dan Gerakan. Jadi, PAS mesti bekerja dengan Umno,” katanya.

Katanya, PKR juga tidak boleh diharap memperjuangkan kepentingan orang Melayu, kerana ia memperjuangkan nasib "hanya seorang Melayu," jelas merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hamid berkata sekiranya PAS dan Bumiputera Sabah dan Sarawak menyertai Barisan Nasional (BN), kerajaan pusat boleh diselamatkan walaupun terdapat sokongan kuat komuniti Cina terhadap DAP.

Bagaimanapun, katanya, penyokong DAP daripada kalangan kaum Cina mungkin juga menukar fikiran mereka setelah mengambil kira untung ruginya sekiranya mereka terlibat dengan BN.

"Orang Cina beroperasi berdasarkan untung rugi. Itu saja yang mereka fikirkan. Bagi mereka, 'maaruf' (kebaikan) itu untung, 'mungkar' (kejahatan) itu rugi. Dan kita tidak mahu menyingkirkan orang Cina," kata Hamid.

Beliau juga menggesa kaum India di Malaysia bertanya diri mereka sendiri sama ada mereka percaya PR boleh berkhidmat lebih baik untuk mereka dibandingkan dengan BN.

"Umno berada di landasan yang betul. Umno patut terus menjadi parti dominan orang Melayu dan Islam.

"Tetapi, masalahnya terletak pada pemimpinnya. Faktor nombor satu membuatkan orang benci Umno ialah persepsi yang mereka korup,” katanya.

Beliau berkata, Umno mesti memperbetulkan persepsi ini dan menyediakan peluang bagi lebih ramai golongan profesional memegang jawatan parti, sambil membangkitkan kemungkinan ramai yang menyokong PAS kerana sebab ini.

"Kalau ini berterusan, Umno akan kehabisan pemimpin," katanya memberi amaran lapor The Malaysian Insider

Kah.. kah.. kah...

Motifnya jelas... iaitu hanya untuk memperbodohkan dan menakut-nakutkan Melayu...

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.