Dah 57 tahun merdeka, masih tak tahu cakap Melayu
KUALA LUMPUR – Selepas 57 tahun merdeka, masih ada lagi rakyat Malaysia
yang tidak dapat bertutur dalam bahasa kebangsaan akibat pelbagai
aliran pendidikan berbeza yang diamalkan di negara ini.
Menyifatkan perkembangan itu sebagai sesuatu yang malang, perwakilan Kelantan, Datin Rahimah Mahamad berkata, perpaduan yang diharapkan terhasil daripada kerangka pendidikan negara terganggu dengan wujudnya sekolah persendirian, sekolah pondok dan sekolah agama yang membawa falsafah dan idealisme berbeza daripada yang dihasratkan.
“Oleh itu, Wanita Umno menyokong supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya bagi meneliti sejauh mana sistem kepelbagaian sekolah (dapat) melahirkan generasi dengan jati diri Malaysia, semangat patriotik yang tinggi, mengutamakan perpaduan dan menghormati Perlembagaan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan menyokong usul agama dan pendidikan yang dibawa oleh perwakilan Terengganu, Abdul Hakim Wan Mokhtar di Perhimpunan Agung Umno, pagi tadi.

2 orang berkata:
Tutup sek pondok agar smua rakyat dihidangkan dgn makanan sekular yg haram lg najis...kemudian rakyat akan menyokong umno sbb jiwa dh rosak dgn fahaman sekular.
kenapa lh tuhan tutup kan pintu hati mu wahai anon 11.21
Post a Comment