Tipu doktor serah duit kahwin
AYER KEROH - Seorang jurutera aplikasi komputer sambilan didakwa di
Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini semalam atas pertuduhan
memperdayakan seorang doktor dengan menyerahkan RM75,750 bagi urusan
perkahwinan, Oktober lalu.
Tertuduh, Siti Latipah Mohd Said, 27, dari Telok Emas bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Norina Maludin terhadap enam pertuduhan didakwa ke atasnya yang dibacakan jurubahasa.
Berdasarkan pertuduhan pertama hingga ketiga, Siti Latipah yang menyamar sebagai Khalisya Najwa didakwa memperdaya seorang lelaki berusia 26 tahun hingga menyerahkan RM9,000 di Pejabat Pos Besar, Bukit Baru, kira-kira jam 5 petang pada 7, 14 dan 21 Oktober lalu.
Menurut pertuduhan keempat, Siti Latipah didakwa melakukan kesalahan sama hingga hingga menyebabkan mangsa menyerahkan RM2,000 di Pasaraya AEON Ayer Keroh, kira-kira jam 8 malam pada 22 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan kelima dan keenam, tertuduh pula didakwa memperdaya
lelaki berkenaan hingga menyerahkan RM64,750 di Bank Rakyat, Jalan Hang
Tuah, kira-kira jam 4.30 petang pada 31 Oktober lalu, dan jam 3 petang
pada 3 November lalu.
Siti Latipah didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dari satu hingga 10 tahun, sebat dan denda sekiranya sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan didakwa ke atas tertuduh.
Bagaimanapun, Siti Latipah merayu supaya wang jaminan berkenaan dikurangkan dengan alasan dia kini dalam proses penceraian hanya bekerja sambilan sebagai jurutera aplikasi komputer yang berpendapatan tidak melebihi RM5,000.
“Saya tidak mampu membayar jumlah jaminan tinggi kerana hanya berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 lebih selain juga perlu menanggung ibu dan ayah,” katanya.
Selepas mendengar rayuan itu, Norina membenarkan tertuduh diikat jamian RM11,400 dan turut menetapkan 24 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

0 orang berkata:
Post a Comment