Melayu, fikirkan masa depan bangsamu!
- Seorang perwakilan yang bertanjak melihat ke arah bendera Sang Saka Bangsa sempena Perhimpunan Agung Umno ke-68 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Setiap orang Melayu, apatah lagi anggota Umno, mesti
berterus terang dan jujur merenung masa depan yang akan mereka
persiapkan untuk anak cucu mereka.
Orang Melayu dan bumiputera, yang merangkumi kira-kira 67 peratus
penduduk majoriti Malaysia, mestilah menerima hakikat bahawa bangsa ini
sedang berada di persimpangan amat getir.
Berlatarbelakangkan landskap politik semasa, kaum ini yang terbahagi
kepada tiga kelompok parti utama iaitu Umno, Pas dan PKR mestilah
berpijak di bumi nyata dan memikirkan di manakah kedudukan kuasa politik
yang semakin menyusut pada masa akan datang.
Perhimpunan Agung Umno 2014, yang bermula hari ini sehingga Sabtu,
menjadi medan terbaik seluruh orang Melayu, bukan sahaja 3.5 juta
anggota parti, untuk menilai perkara berkaitan bangsa Melayu termasuk
Islam, pendidikan, ekonomi dan sosial.
Menjelang perhimpunan Umno dan ketiga-tiga sayapnya, yang dihadiri
5,739 perwakilan, Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin
berkata, anggota parti mesti bermuhasabah, mengkaji Kelemahan dan
kekuatan diri dan bermuafakat merencana langkah drastik memperbaiki
kedudukan.
Katanya, sebagai parti yang ditubuhkan dengan asas perjuangan untuk
bangsa, agama dan tanah air, anggota Umno mesti terus bermuafakat, terus
beri pandangan, terus berusaha mewujudkan barisan pelapis kepimpinan
agar parti menjadi kuat, disegani dan dihormati.
"Perhimpunan agung parti menjadi medan untuk anggota Umno dan orang
Melayu menilai diri apakah cukup sudah pengorbanan dilakukan,
benar-benar mengamalkan ajaran Islam dan apakah yang telah dilakukan
untuk mempertahan agama, bangsa dan tanah air," katanya.
Berpegang teguh dengan cogan parti "Bersatu Bersetia Berkhidmat",
Badruddin yang pernah menjadi wakil rakyat selama empat penggal berkata
anggota Umno mesti merapatkan barisan dan saling tegur-menegur
memperbaiki kelemahan di setiap peringkat.
"Organisasi perjuangan tidak akan kukuh jika tidak bersatu dan bangsa Melayu lemah jika tidak bermuafakat," katanya tegas.
Bagi orang Melayu di luar sana, sama ada yang berparti atau tidak,
fikirkanlah dan nilai apakah dengan memaki hamun, menghina bangsa
seagama, menghina Umno ini menguatkan bangsa?, kata veteran Umno yang
mengabdikan diri selama 40 tahun bersama parti.
Tanpa mengetepikan kepentingan kaum lain, beliau berkata anggota Umno
tidak perlu apologetik untuk membincangkan isu-isu semasa seperti
cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948, isu pendidikan termasuk sekolah
vernakular, isu berkaitan Islam yang menjadi agama 61.3 peratus rakyat
Malaysia, dan ekonomi bumiputera.
"Inilah platformnya, medan untuk orang Melayu berbincang mengenainya
mengikut lunas-lunas perlembagaan. Kalau kita tidak boleh bercakap di
sini (Perhimpunan Agung Umno), forum apa lagi yang boleh bincang tentang
hak Melayu?," katanya.
Badruddin, yang akan mempengerusikan perhimpunan buat kali keenam,
mengingatkan perwakilan yang akan berucap supaya tertib dan membuat
teguran dengan berhemah tanpa sesekali mengaibkan mana-mana pihak.
Acap kali dipilih menjadi perwakilan Kedah untuk berbahas di
perhimpunan agung parti sebelum ini, Badruddin yang sering berlawak,
membuat sindiran dan cerita-cerita lucu berkata perwakilan tidak perlu
bernada keras dan lantang untuk menegur pemimpin parti.
"Ibarat sindir anak pukul menantu, cara ini lebih sopan daripada
menghentam pemimpin yang telah kita pilih untuk berada di atas," katanya
menyudahi perbualan. - Bernama
4 orang berkata:
Berpuluh kali umno buat perhimpunan isu yg sama diutarakan. Masing2 perwakilan akan berhujah hingga berbuih mulut tentang perlunya orang melayu sokong umno jika mahu senang dan terus memegang kuasa; jika PR memerintah orang Melayu akan diperintah oleh bangsa Cina dan bla, bla, bla. bla. Maka bergemuruhlah sorak sorai semua perwakilan. Habis persidangan mereka yg berbuih mulut konon membela ketuan Melayu akan berpakat dengan taikon2 cina tanah orang melayu mana, kampung melayu mana boleh dibeli murah oleh tawkey2 cina dan berapa juta komisyen. Inilah pemimpin2 pukimak melayu yg ramai jadi perwakilan umno setiap tahun.
Sokong kenyataan diatas.
Umno menjadi barua cina dalam merampas ekonomi dan kekayaan negara. Melayu akan jadi papa kedana akhirnya.
PKR pula menjadi barua cina DAP dalam kuasa politik. Sanggop mengikut telunjok DAP dalam percaturan politik.lihat di selangor. Walau pun pada dasarnya PKR yang memerintah tapi kuasa sebenar adalah DAP dan cina.
Pkr 13 kerusi. 3 cina.
Dap. 15 ,semua cina.
cina 18 kerusi. PaS? Pas tidak boleh beesuara. Buka mulut sikit kena hentam oleh DAP. PKR sokong sama.
Akhirnya melayu apa tinggal.?
Umno dan Pkr sama sama barua cina.
Bukankah Melayu PKR jelmaan UMNO? Gerakerja dan citarasa tetap tiada beza... Cina bagi sebatang rokok dikenang selama2nya. Rakan sekampong tak diendakan lagi.
Post a Comment