Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAK EH BANYAKNYA DUIT, BETUL KE BOHONG ?

Thursday, November 27, 2014

Anifah Dakwa Kawan Anwar Ibrahin Tawar Dia RM100 Juta Untuk Tumbankan BN?


Anifah Aman hari ini mendedahkan, seorang ahli perniagaan yang berkait rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan RM100 juta kepadanya bagi membawa 10 ahli Parlimen dari Sabah menyertai Pakatan Rakyat dan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada 2008.

Wow!! RM100 Juta bahagi 10 dapatlah seorang RM10 Juta.. itu tak tolak komisyen kepada yang jadi kepala lagi tu.. kalau tolak komisyen mngkin dapatlah seorang RM7 Juta..

Kepala dapat RM10 Juta + (RM3 Juta x 9) = RM37 Juta... tapi Anifah kata beliau terasa "murah" apabila tawaran itu diajukan..

Ohh... tak cukuplah tu.. kalau kawan Anwar tu offer RM100 Juta kepada dia sorang dan yang lain-lain tu RM5 Juta.. mungkin dah lain jadinya kot?

RM100 Juta?.. Ada ke korporat yang sanggup menghabiskan sebegitu banyak duit dia kerana Anwar Ibrahim?

Laporan berkaitan..

Datuk Seri Anifah Aman hari ini mendedahkan, seorang ahli perniagaan yang berkait rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan RM100 juta kepadanya bagi membawa 10 ahli Parlimen dari Sabah menyertai Pakatan Rakyat (PR) dan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Menteri luar itu berkata, beliau terasa "murah" apabila tawaran itu diajukan bekas timbalan pengerusi eksekutif KFC Datuk Ishak Ismail pada satu pertemuan di Hilton Central, Kuala Lumpur.



Ahli Parlimen Kimanis itu bagaimanapun tidak dapat mengingati tahun atau bulan kejadian itu berlaku.

"Saya beri amaran kepada Ishak, jangan sekali-kali ulang tawaran itu kepada saya. Saya marah kerana tawaran itu dibuat kepada seorang ahli Parlimen yang sudah tiga penggal berkhidmat," katanya semasa disoal balas peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Anifah berkata beliau pergi ke hotel itu untuk menghisap cerut dengan dua lagi ahli Parlimen Sabah, termasuk Datuk Ronald Kiandee yang kini merupakan timbalan speaker Dewan Rakyat.

"Ishak mendekati saya dan membuat tawaran itu. Saya terkejut kerana saya sudah komited terus bersama BN demi kepentingan negeri Sabah," katanya memberi keterangan dalam kes dakwaan fitnah ketua pembangkang terhadapnya pada Mei 2009.

Anifah didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah mengenai Anwar pada satu sidang berita di Washington bersama bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton.

Beliau memberitahu wartawan yang Anwar menawarkannya jawatan timbalan perdana menteri sekiranya beliau membawa ahli Parlimen dari negeri itu bagi menumbangkan kerajaan BN yang memenangi 140 kerusi dalam pilihan raya umum 2008.

Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar mendakwa kenyataan Anifah itu tidak berasas dan cuai serta mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Anifah berkata, Ishak sebelum ini ada menemuinya untuk mendapatkan ahli Parlimen melompat parti ke PR untuk menawan Putrajaya tetapi beliau menolak.

“Pada hari itu tidak terduga dia mendekati saya di hotel ketika saya di situ menghisat cerut,” katanya.

Terdahulu, ketika disoal oleh Shafee, Anifah berkata Anwar ada bercakap dengannya mengenai perkara sama menerusi telefon bimbit seorang lagi ahli perniagaan, Tony Bun, sejurus beliau mendarat di Lapangan Terbang Tambang Murah di Sepang.

Anifah berkata beliau baru tiba dari Macau.

“Bun kemudian beritahu saya Anwar mahu bercakap dengan saya kerana saya ada pengaruh ke atas beberapa ahli Parlimen dari Umno, Parti Bersatu Sabah dan Parti Progresif Sabah,” katanya.

Anifah, yang juga timbalan menteri dari 1999 hingga 2008 berkata, beliau menolak jawatan yang sama daripada perdana menteri pada masa itu Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas tamat pilihan raya umum.

“Saya kritikal terhadap pelantikan Kabinet kerana Sabah tidak diberi keutamaan. Malah, seorang pemimpin daripada Umno Selangor dilantik senator dan menteri,” katanya.

Anifah berkata, sebelum ini beliau ada berkata tidak mengapa lompat parti jika wujud ketidakadilan dalam pengagihan jawatan.

“Bagaimanapun, saya ada menyatakan saya tidak akan melompat parti,” katanya.

Anifah dilantik sebagai menteri luar selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kepimpinan daripada Abdullah pada April 2009.

Katanya, Anwar memikatnya kerana umum tahu beliau ada pengaruh kepada lebih 10 ahli Parlimen dari Sabah dan mereka akan mengikutnya walau apa pun beliau buat.

Anifah berkata hingga ke hari ini Anwar masih menaruh harapan untuk jadi perdana menteri tetapi tidak mempunyai jumlah politik yang cukup.

“Untuk mengubah kerajaan dia perlu ada majoriti mudah. Saya adalah sasarannya untuk mencapai cita-citanya,” katanya.

Pada 2008, PR memperolehi 82 kerusi dalam Dewan Rakyat sementara BN ada 140 kerusi.

Anwar dikatakan mendekati 30 ahli Parlimen BN untuk menjayakan rancangan 16 September (2008) dan menawab kerajaan persekutuan BN

. Ketika disoal balas peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Anwar, Anifah berkata kenyataan fitnah yang didawaka itu tidak sepatutnya dirahsiakan.

“Ia memang eksklusif untuk hadirin pada sidang media itu,” kata Anifah, menambah tidak ingat sama ada beliau ada beritahu wartawan jangan menyiarkan kenyataan itu atau tidak.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S Hassan Badjenid bersambung lapor The Malaysian Insider

3 orang berkata:

Anonymous said...

Saya lebih cenderong dengan apa yang dinyatakan oleh anifah aman.
Kerana anwar sejenis manusia yang sanggop lakukan apa sahaja demi kuasa.
Soal duit? Bila dah berjaya jadi PM 100 juta bukan satu masaalah bagi anwar.
Anwar sanggop bersekongkol dwngan DAP halam menghina islam.
Anwar sanggop gadai kuasa melayu kepada cina demi suevival politiknya.

Anonymous said...

Anwar dgn pemimpin umno ni sama ja perangai...

Anonymous said...

Kenapa nak beli 10 org sehaja dgn harga RM100 juta. Masa itu PR ada 82 kerusi perlimen + 10 kerusi baru ada 92 kerusi masih tidak boleh memerentah kerana kerusi mudah adalah 112 kerusi. Camana pula yg 20 lagi berapa juta pula DSAI nak kena bayar setiap seorang. Tak mungkin ahli perlimen Sabah akan lompat masuk PR. Ini hanya mainan politik ahli perlimen Sabah mahukan imbuhan lumayan dari Pusat kerana masa itu Perlimen di Semenanjung untuk memang tewas kalau Sabah dan Serawak tak suport BN dah kalah. Anifah hanya mereka fitnah untuk save diri mahukan jawatan Menteri dalam kabenit dan akhir dspat jadi Menteri Luar Negeri.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.