JIKA MENGHASUT TIDAK KENA DAN BERTEMPAT, MAKA ITU SALAH, JIKA SENGAJA MENGHASUT DENGAN TUJUAN FITNAH UNTUK MEMBURUKKAN SESEORANG, MAKA ITU JUGA SALAH, MAKA YANG BATIL TETAPLAH BATIL DAN YANG HAK ITU TETAPLAH HAK, DALAM MELAKSANAKAN TUGAS SEHARIAN JANGAN ADA SALAH GUNA KUASA ATAU TUDUHAN TERPILIH DENGAN TUJUAN KEZALIMAN - Pak Karamu
Najib: Akta Hasutan 1948 dikekalkan
- Suasana Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Umno 2014 dipenuhi dengan perwakilan yang khusyuk mendengar ucapan perasmian Presiden Umno. - Foto oleh Sinar Harian/Afiq Razali
KUALA LUMPUR - Hasrat pembangkang untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948
terkubur apabila kerajaan memutuskan mahu undang-undang itu dikekalkan
dengan beberapa penambahbaikan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selain dikekalkan
dua perkara akan dimasukkan dalam undang-undang sedia ada untuk
memperkukuhkan akta tersebut.
"Ada dua perkara kita masukkan iaitu perlindungan khas untuk melindungi kesucian Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina.
"Kita akan masukkan supaya tindakan boleh diambil ke atas sesiapa yang
cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia," katanya
ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2014 di PWTC, di sini,
sebentar tadi.
0 orang berkata:
Post a Comment