Apabila ada orang yang kononnya pandai agama mengeluarkan kenyataan berupa hasutan, maka mereka akan kelihatan kebal, jika mereka tetap tinggal di bawah ketiak kerajaan, orang islam patut tegur Masitah dari membuat kenyataan haram jadah dan kurang ajar kerana islam melarang perbuatan HASUTAN. Andainya orang islampun buat tidak tahu sahaja dengan kenyataan tersebut maka lebih baiklah orang islam itu keluar islam dan tetap tinggal sebagai orang yang beragama melayu sahaja - Pak Karamu
Mashitah Patut Ditahan & Disiasat Di Bawah Akta Hasutan
DAP buat laporan polis terhadap Mashitah
DAP membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita Umno Baling Datuk Mashitah Ibrahim berhubung kenyataannya yang masyarakat Cina didakwa membakar al-Quran semasa upacara sembahyang.
"Kami merasakan bahawa kenyataan ini tidak bertanggungjawab," kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.
Katanya, hanya terdapat satu kejadian itu dilaporkan di Kedah, tetapi Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir menjelaskan pada 24 November bahawa pelakunya adalah seorang lelaki Melayu yang mengalami sakit mental.
Menteri besar juga mendedahkan bahawa al-Quran tidak terbakar tetapi dikoyak.
Teo berkata Mashitah perlu disiasat di bawah Seksyen 298 (A) dan 505 Kanun Keseksaan.
Seksyen 298 (A) berhubung kesalahan yang boleh memudaratkan keadaan harmoni dan perpaduan, manakala Seksyen 505 mengenai kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
Mashitah telah membuat kenyataan itu semasa perhimpunan agung Wanita Umno ketika menggesa ahli sayap itu mempertahankan Islam.
Teo berkata, walaupun jika laporan membakar Quran oleh masyarakat Cina itu benar, rakyat akan menentangnya dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
"Malah jika lelaki atau perempuan Cina atau bukan Islam yang membakar al-Quran, kita semua akan mengutuk perbuatan sedemikian," katanya.
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto mengiringi Teo membuat laporan di balai polis Tun HS Lee di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Setiausaha Politik penasihat DAP Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud dan ahli parti itu, Syefura Othman.
Bercakap kepada pemberita, Dyana berkata kenyataan Mashitah itu adalah "tidak wajar" dan boleh mencetuskan ketegangan kaum. -mk
ULASAN GB
Sepatutnya, Mashitah Ibrahim menjadi orang pertama yang perlu ditahan di bawah Akta Hasutan setelah ianya dikekalkan oleh Najib kerana mengeluarkan kenyataan yang benar-benar bersifat "menghasut".
Semua orang tahu bahawa kes bakar (koyak?) Al-Quran di Pulau Pinang itu adalah angkara seorang Melayu yang tidak siuman.
Tiba-tiba Mashitah menuduh ia dilakukan orang Cina di dalam upacara sembahyangnya.
Polis perlu adil dan saksama di dalam menjalankan siasatan dan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Mashitah. Jangan pilih kasih dan pilih bulu.
0 orang berkata:
Post a Comment